Hi! Welcome Back and Stay Tune! Keyakinan Semakin Tinggi Dalam Ekonomi Zon Eropah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Keyakinan Semakin Tinggi Dalam Ekonomi Zon Eropah

Aktiviti ekonomi Zon Eropah agak mengejutkan apabila meningkat secara keseluruhan melebihi dari jangkaan pada bulan September. Hal ini melonjakkan lagi keyakinan dalam blok ekonomi tersebut selepas data PMI yang dikeluarkan pukul 4 petang tadi.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh IHS Markit, menunjukkan indeks pengeluaran komposit Zon Eropah yang menggabungkan pengeluaran dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan meningkat kepada 56.7 pada September daripada 55.7 yang dicatat pada Ogos.

Indeks yang menunjukkan bacaan di atas paras 50 menunjukkan aktiviti ekonomi yang berkembang dan sebaliknya jika bacaan di bawah 50.

Untuk komponen sektor perkhidmatan (PMI service sector index) meningkat melebihi jangkaan kepada 55.6 bulan ini berbanding 54.7 pada Ogos.

Manakala sektor pembuatan (PMI manufacturing sector index) meningkat melebihi jangkaan kepada 58.2 bulan ini berbanding 57.4 pada Ogos. Jangkaan pasaran untuk data September adalah kemerosotan kepada 57.1.

“Ekonomi Zon Eropah mengakhiri suku ketiga dalam keadaan yang kukuh dengan pertumbuhan dalam aktiviti perniagaan meningkat ke paras tertinggi sejak mei,” kata IHS Markit dalam laporannya.

“Tinjauan juga menunjukkan peningkatan pertumbuhan ekonomi kepada 0.7% pada suku ketiga,” kata penganalisis ekonomi di IHS Markit Chris Williamson.

“Peningkatan dalam aktiviti perniagaan dengan kenaikan tekanan harga meningkatkan potensi untuk ECB mengurangkan rangsangan dengan pengurangan pembelian bon pada 2018,” kata beliau.

The post Keyakinan Semakin Tinggi Dalam Ekonomi Zon Eropah appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xn7UK5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.