Komplikasi pembedahan: Iron Lady, Datuk Maznah Hamid dilapor kritikal
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid dilaporkan berada dalam keadaan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung semalam.
Sumber terdekat keluarga memberitahu, ikon wanita itu melakukan pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dua saluran jantungnya mengalami masalah.
“Selepas pembedahan pertama yang mengambil masa hampir enam jam itu selesai, beliau telah dibawa ke ICU (Unit Rawatan Rapi) tiba-tiba berlaku pendarahan dalaman.
“Pasukan perubatan terpaksa melakukan pembedahan kedua bagi menghentikan pendarahan dalaman itu. Pendarahan masih berlaku dan mereka masih memantau keadaan beliau,” katanya.
Buat masa ini, Maznah lebih dikenali Iron Lady masih lagi dalam keadaan kritikal.
Sumber keluarga itu turut merayu kenalan dan orang ramai agar berdoa agar Maznah yang juga Exco Wanita Umno kembali pulih.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Komplikasi pembedahan: Iron Lady, Datuk Maznah Hamid dilapor kritikal
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xFBdaQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment