Hi! Welcome Back and Stay Tune! KTMB Tawar Diskaun 10% Kempen ‘Trave And Be Fit’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KTMB Tawar Diskaun 10% Kempen ‘Trave And Be Fit’

IPOH – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun 10 peratus harga tiket bagi pengguna yang mahu mendapatkan pakej pemeriksaan kesihatan dan rawatan serta kemudahan penginapan di Hospital Pantai Ipoh (HPI) menerusi kempen ‘Travel and Be Fit’.

Pengurus Besar Jabatan Perkhidmatan KTM Intercity/ETS Justine Jude berkata diskaun itu hanya diberikan kepada penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) serta pemegang kad diskaun pelajar KTM i-Card menerusi kempen yang berlangsung pada 1 Sept lepas sehingga 1 Sept 2018.

“Kempen kali kedua ini diteruskan kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada pengguna perkhidmatan KTMB selepas kejayaan kempen pertama pada 2014,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen ‘Travel and Be Fit’ di Stesen Keretapi Ipoh di sini hari ini.

Beliau berkata mereka yang ingin mendapatkan rawatan di hospital tersebut perlu membuat temu janji terlebih dahulu menerusi aplikasi WhatsApp di talian 016-3885155.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HPI Chong Siet Fong berkata perkhidmatan yang ditawarkan menerusi kempen itu antaranya rawatan pesakit luar, rawatan pembedahan plastik dan rawatan pakar seperti pakar kardiologi.

“Kempen ini dilaksanakan bertujuan menyeru masyarakat di negara ini supaya mengutamakan aspek pencegahan kesihatan diri selain mempromosikan industri pelancongan kesihatan bersempena Tahun Melawat Perak 2017,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wEDFzu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.