Lego kurangkan 1,400 pekerja
COPENHAGEN: Lego akan mengurangkan lapan peratus pekerja dan merombak semula perniagaannya.
Ia berikutan penyusutan pertama dialami dalam jualannya sejak lebih satu dekad.
Pengusaha Denmark itu mengumumkan penurunan lima peratus dalam pendapatan pertengahan tahun, sebulan selepas membuang ketua eksekutifnya secara tiba-tiba, ujian terbesar sejak dikaitkan dengan muflis pada awal era 2000.
Lego berkata, ia tidak mampu menjanjikan pulangan kepada pertumbuhan dalam tempoh dua tahun akan datang, satu pengakuan mengejut bagi kumpulan yang amat dikagumi kerana berjaya mendepani era digital ketika ini.
"Kami menekan butang set semula untuk keseluruhan kumpulan," kata pengerusi eksekutifnya, Jorgen Vig Knudstorp, sambil mengakui perniagaan itu semakin rumit.
Beliau akan berusaha meraih keuntungan untuk organisasi yang lebih mantap dan berkesan sebagai tindak balas terhadap kehilangan momentum yang akhirnya membawa kepada penyusutan.
Lego berkata, keuntungannya sangat mengecewakan di pasaran utamanya iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, selepas satu dekad mencatat pertumbuhan dua angka dan pelancaran merangkumi set Lego, permainan video, francais filem, robot dan aplikasi telefon pintar.
Syarikat itu berkata, ia akan mengurangkan kira-kira 1,400 pekerjaan - termasuk sehingga 600 pekerjaan di ibu pejabatnya di Billund, Denmark - dengan sebahagian besarnya sebelum akhir tahun ini.
Syarikat itu kini menggaji 18,200 pekerja.
"Kami melalui satu dekad pertumbuhan yang sangat tinggi dan sepanjang tahun itu kami banyak melabur," kata Knudstorp, sambil menambah syarikat itu menyediakan lebih daripada 7,000 jawatan baharu antara 2012 dan 2016. - Reuters
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eK9eC3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment