Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki dipenjara 115 tahun, sebatan 20 kali kerana rogol dan cabul anak sendiri di Kabong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki dipenjara 115 tahun, sebatan 20 kali kerana rogol dan cabul anak sendiri di Kabong

BETONG: Seorang lelaki berusia 49 tahun dijatuhi hukuman penjara 115 tahun dan 20 kali sebatan selepas mengaku bersalah terhadap lima tuduhan sumbang mahram dan satu tuduhan cabul terhadap anaknya sendiri.

Mahkamah Majistret Betong menjatuhkan hukuman 22 tahun penjara dan 5 sebatan terhadap setiap pertuduhan sumbang mahram yang dilakukan tertuduh, manakala untuk kes cabul, dijatuhi penjara lima tahun.

Semua hukuman tersebut akan berjalan serentak, bermula tarikh tertuduh ditahan pihak polis, menjadikan dia sebagai penghuni tirai besi selama 22 tahun.

Ia kejadian kedua dalam tempoh kurang sebulan selepas empat beranak menjadikan dua anggota keluarganya sendiri sebagai “santapan seks” di Kampung Paya Seroban di Serian.

Berdasarkan fakta kes, lelaki yang bekerja sebagai petani dan masih beristeri ini, mula “mengerjakan” anaknya sendiri yang kini berusia 15 tahun sejak tiga tahun lalu.

Tragedi malang ini bermula di sebuah pondok di ladang kelapa sawit milik tertuduh di kampungnya, ketika mangsa berusia 12 tahun.

Setelah itu, suspek terus menjadikan gadis malang ini sebagai gelanggang pelepas nafsunya berulang kali, termasuk di rumah mereka sendiri di Kampung Emplam, Kabong.

Mangsa bagaimanapun enggan membuat laporan polis, kerana khuatir tidak diberikan belanja sekolah, selain memahami tertuduh menjadi tempat mereka sekeluarga bergantung hidup.

Detik hitam ini bagaimanapun terdedah pada jam 8 pagi, 17 Ogos lalu, apabila mangsa meluahkan mimpi ngerinya itu kepada guru kaunselingnya di Sekolah Menengah Kerajaan Agama Saratok di sini.

Mangsa mengakui menjadi mangsa perkosa bapanya sebanyak lima kali lagi selepas insiden kelapa sawit itu, termasuk dicabul.

Mangsa yang juga anak tunggal pasangan itu, yang ibunya berusia 51 tahun, kini diletakkan di bawah jagaan dan pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kes dituduh di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2eE2h1v

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.