Michael Ang Nafi Drama Ada Babak Cium
Bergegar sekejap dunia hiburan tanah air apabila sebuah video rakaman pendek melibatkan Janna Nick dan Fattah Amin seakan bercumbuan telah tersebar di laman sosial. Namun selaku pengarah kepada drama adaptasi Korea popular iaitu Coffee Prince, Michael Ang menafikan perkara tersebut.
BACA: Babak Cium Fattah Amin, Janna Nick Cetus Kontroversi
“Takkanlah saya sebodoh itu untuk menghasilkan babak bercium. Ini Malaysia. Semestinya saya peka dalam soal sensitiviti di negara kita. Tiada istilah bercium atau menggunakan ‘camera trick’ pun”
“Sebaliknya, saya hanya meminta Fattah meletakkan pipinya di sebelah kanan muka Janna. Tetapi, kedua-duanya tidak bersentuhan langsung. Itu saja yang saya arahkan kepada pelakon. Memang tak ada babak bercium pun,” jelasnya kepada BH Online.
Tambah Micheal, isu itu mula timbul apabila pelakon Fara Mendoza datang melawat Janna di lokasi dan berkongsikan rakaman tersebut melalui Insta Story.
Sedar atau tidak, isu ini membuatkan orang ramai mula beralih arah kepada drama ini yang bakal bersiaran nanti dan dalam masa yang sama warga laman sosial akan perlahan-lahan melupakan tentang isu tarian berahi di Bigo Live. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hlhSrC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment