PATUHI UNDANG-UNDANG PBT JIKA MAHU PESTA ARAK DI SELANGOR, KATA AZMIN
KLANG – Penganjur pesta arak ‘Better Beer Festival’ perlu mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) jika mahu memindahkan lokasi penganjuran festival itu ke Selangor, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata pendirian kerajaan negeri adalah menghormati adat resam dan budaya kaum-kaum yang membentuk rakyat Malaysia, bagaimanapun undang-undang perlu dipatuhi.
“Secara dasarnya kami (kerajaan negeri) menghormati dan memelihara hak kaum minoriti tetapi perlu patuh terhadap undang-undang sedia ada,” katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan negeri akan membenarkan pesta arak berkenaan dianjurkan di Selangor.
Beliau ditemui selepas merasmikan Selangor Bio Bay yang akan dibangunkan oleh Central Spectrum Sdn Bhd di Pulau Indah, di sini hari ini.
Pada Isnin lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta berkenaan atas sebab keselamatan selain ia bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL…..
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yl2UoG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment