Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pecah dominasi 12 tahun Thailand, skuad goalball raih emas terakhir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pecah dominasi 12 tahun Thailand, skuad goalball raih emas terakhir

Atlet negara Muhammad Haiqal Azani Azman beraksi menentang pasukan Thailand pada pusingan akhir acara goalball lelaki Sukan Para Asean ke-9 di MiTEC hari ini. — Foto BernamaAtlet negara Muhammad Haiqal Azani Azman beraksi menentang pasukan Thailand pada pusingan akhir acara goalball lelaki Sukan Para Asean ke-9 di MiTEC hari ini. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 23 Sept — Skuad goalball lelaki negara melakar sejarah menamatkan dominasi 12 tahun skuad Thailand di Sukan Para Asean (APG) KL2017 dengan menyumbang pingat emas ke-90 yang juga pingat emas terakhir kontinjen negara hari ini.

Pasukan negara yang dibarisi Husnaini Samsudin selaku kapten, Muhammad Amirul Ahmad, Muhammad Hasmawi Abdullah, Muhammad Haiqal Azani Azman dan Muhammad Nor Amin Mohd Nor Azmi menewaskan musuh tradisi itu 9-5 dalam perlawanan akhir di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) di sini.

Bagi jurulatih negara, Abdul Karim Raham kemenangan hari ini sangat berbaloi selepas pelbagai cabaran dilalui dalam mempersiapkan pasukan negara bagi menghadapi temasya dwitahunan itu.

“Saya memanjatkan kesyukuran kerana kita telah berjaya mengalahkan musuh tradisi yang lebih 12 tahun, saya rasa sangat berbangga. Ini kemenangan yang sangat-sangat kita harapkan dan misi kita untuk memburu emas telah berjaya. Atlet-atlet saya telah kotakan janji mereka.

“Banyak cabaran yang saya hadapi bermula daripada mengumpulkan atlet dan aktiviti latihan yang berlangsung sepanjang hampir empat bulan. Macam-macam masalah sebab ada sebahagian yang bekerja dan ada atlet yang datang dari jauh selain keperluan untuk atlet cacat penglihatan,” katanya.

Pada edisi 2005, 2007, 2011, 2014 dan 2015, Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila tewas kepada musuh tradisi itu.

Menurut Abdul Karim, seorang guru di Sekolah Menengan Pendidikan Khas Setapak, kejayaan hari ini sebenarnya tidak dijangka namun semangat dan komitmen para pemain yang memberi seratus peratus berjaya menterjemahkan kejayaan pingat emas, sekaligus memecah ego skuad  Gajah Putih.

Sementara itu, ketua pasukan Husnaini Samsudin berkata banyak pengorbanan terpaksa ditempuhi setiap pemain serta pegawai termasuk beliau sendiri yang terpaksa bercuti menjadi tukang urut selama lima bulan bagi memberi komitmen kepada persiapan skuad negara.

“Saya sendiri banyak menghabiskan masa dengan latihan, selain meninggalkan kerja sebagai tukang urut untuk lima bulan bagi memberi fokus mencapai emas ini,” katanya.

Katanya, kejayaan menewaskan Thailand dalam aksi final itu adalah atas kerjasama yang tinggi dalam kalangan pemain utama serta pemain simpanan yang sentiasa bersedia jika diminta beraksi. — Bernama



Sumber Pecah dominasi 12 tahun Thailand, skuad goalball raih emas terakhir

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hqF2Jj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.