Hi! Welcome Back and Stay Tune! Reman tujuh remaja bakar pusat tahfiz dilanjut 29 Sept - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Reman tujuh remaja bakar pusat tahfiz dilanjut 29 Sept

Tempoh reman tujuh remaja yang ditahan bagi membantu siasatan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dilanjut hingga 29 September 2017. ― Foto oleh Choo Choy MayTempoh reman tujuh remaja yang ditahan bagi membantu siasatan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dilanjut hingga 29 September 2017. ― Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 22 Sept — Tempoh reman tujuh remaja disyaki terlibat dalam kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini disambung tujuh hari lagi bermula esok sehingga 29 Sept.

Tempoh reman suspek berkenaan yang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api, berakhir hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Md Isa ketika dihubungi berkata: “Kami dapatkan perintah daripada mahkamah untuk sambung reman bagi membantu siasatan yang dijalankan.”

Sebanyak 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu maut apabila asrama yang terletak di tingkat tiga bangunan pusat tahfiz itu terbakar pada kira-kira 5.15 pagi pada 14 Sept lepas.

Susulan kejadian tragik itu, polis menahan tujuh remaja berusia 11 hingga 18 tahun bagi membantu siasatan kes kebakaran pusat tahfiz itu dan kesemua mereka direman tujuh hari bermula 16 Sept. — Bernama



Sumber Reman tujuh remaja bakar pusat tahfiz dilanjut 29 Sept

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xkoWLz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.