Selama ni siapa yang balas email Siti Nurhaliza?
PENGURUS kepada Datuk Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Rozi Abdul Razak mendedahkan terdapat individu tidak bertanggungjawab menyamar sebagai penyanyi berkenaan dengan membalas e-mel daripada peminat.
Rozi berkata, dia menyedari perkara tersebut selepas diberitahu oleh seorang peminat yang masih menyimpan e-mel pada tahun 2003 itu.
“Satu ketika dulu, macam-macam hal berlaku. Siapa yang pernah mendapat balasan emel daripada Datuk Siti Nurhaliza?.
“Agaknya sehingga ke hari ini anda masih merasakan bahawa e-mel anda dibalas oleh DCT ketika itu. Ini sekitar tahun 2003 dan saya tidak tahu sampai bila keadaan ini berlangsung iaitu ada hamba Allah yang menjadi Siti Nurhaliza dan membalas e-mel kepada peminat-peminatnya,” ujarnya.
Siti Nurhaliza tidak pernah membalas emel.
Rozi menulis status berkenaan di laman Facebook kelab peminat Siti Nurhaliza pada Rabu.
Jelas Rozi, dia mengetahui perkara itu ketika dalam usaha mengumpul beberapa bahan untuk buku penyanyi itu.
Bagaimanapun, Rozi berkata, kes penyamaran tersebut bukanlah kali pertama yang terjadi dan dia menasihatkan peminat Siti merujuk kepadanya terlebih dahulu.
“Ini adalah salah satu emel yang disimpan oleh seorang hamba Allah dan saya membacanya tadi ketika menyemak keratan-keratan akhbar yang beliau pinjamkan kepada saya (dalam usaha saya menyiapkan buku DCT).
“Ada juga orang yang percaya, kan? macam-macam hal yang tidak diduga boleh berlaku, kes penyamaran ni memang dari dulu lagi. Siti tidak pernah membalas e-mel,” tulisnya.
Sumber: Mstar
Sumber Selama ni siapa yang balas email Siti Nurhaliza?
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y8ppkC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment