Hi! Welcome Back and Stay Tune! SK Tebing Rebak - Sekolah Paling Sunyi di Malaysia Yang Hanya Mempunyai 2 Orang Pelajar.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SK Tebing Rebak - Sekolah Paling Sunyi di Malaysia Yang Hanya Mempunyai 2 Orang Pelajar..

SK Tebing Rebak pada 2017

Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak yang terletak di Bagan Datoh merupakan sebuah sekolah yang unik di negara kita.


Uniknya sekolah ini adalah kerana memang dari dulu, SK Tebing Rebak mempunyai jumlah pelajar mendaftar yang sedikit. Untuk sesi persekolahan tahun 2017, SK Tebing Rebak hanya mempunyai 2 orang pelajar. Seorang murid darjah 5 bernama Ahmad Norsyarwani Ahmad Kamal dan pelajar terbaru mereka, Dhia Sofea Mohd Redzwan yang baru mendaftar untuk tahun 1 persekolahan.

Kejohanan sukan sekolah pada 2014

Menurut Guru Besar sekolah tersebut, Puan Azmah Zakaria, bagi sesi 2017, memang tidak ada pelajar lain mendaftar bagi tahun dua, tiga, empat dan enam. SK Tebing Rebak yang sudah beroperasi sejak 1950 kini tetap meneruskan persekolahan seperti biasa dengan 2 orang pelajar, empat orang guru dan seorang guru besar.


Sejarah sekolah ini semasa zaman kegemilangannya mempunyai hampir 200 orang pelajar berdaftar. Namun selepas pembukaan sebuah sekolah lain, berlaku penurunan ketara jumlah pendaftaran pelajar ditambah lagi dengan jumlah komuniti Kampung Tebing Rebak yang kecil, dengan hanya 120 orang lebih.

Hari pertama persekolahan pada 2013

Pada tahun 2009, SK Tebing Rebak hanya mempunyai 6 orang pelajar lelaki serta 3 orang pelajar perempuan. Jumlah itu menurun tahun ke tahun dan dilaporkan pada tahun 2015, jumlah itu mencecah 4 orang pelajar sehinggalah 2017 di mana tinggal 2 orang.


Walaupun dengan jumlah murid yang sangat minima, acara-acara sekolah tetap diadakan seperti biasa seperti acara sukan tahunan sekolah yang diadakan dengan penyertaan penduduk kampung. Selain itu, sekolah ini juga lengkap dari segi kemudahan komputer dengan capaian internet, projek makanan tambahan dan bantuan-bantuan dari Kementerian Pendidikan.

Perhimpunan pagi SK Tebing Rebak pada 2015

Menurut dua orang pelajar yang tinggal, walaupun sedikit sunyi, pehatian yang mereka dapat daripada 5 orang guru termasuk guru besar membolehkan mereka lebih mudah belajar.


"Saya belajar macam-macam dari cikgu. Seronok. Tidak apalah saya (belajar) seorang, petang boleh jumpa kawan juga di sekolah agama," kata Dhia Sofea yang menyimpan cita-cita mahu menjadi seorang Doktor.

Kredit: Iluminasi


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jey52c

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.