Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suspek Langgar Suami Isteri Hingga Maut Serah Diri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suspek Langgar Suami Isteri Hingga Maut Serah Diri

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang dipercayai pengedar dan penagih dadah yang terlibat dalam kes langgar lari sehingga menyebabkan kematian dua warga emas, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata suspek berusia 29 tahun ditahan semasa hadir menyerah diri ke IPD kira-kira 1 tengah hari.
Katanya, suspek kemudian diminta untuk menunjukkan kad pengenalan diri oleh anggota polis sebelum pemeriksaan dilakukan.

“Pemeriksaan yang dilakukan terhadap suspek dan beg pinggang yang dipakainya telah menemui satu paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki syabu seberat 0.20 gram dan kad pengenalannya,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata suspek kemudiannya dibawa ke pejabat narkotik IPD Batu Pahat untuk menjalani ujian saringan air kencing dan suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Selain itu, pemeriksaan lanjut turut mendapati suspek masih dikehendaki mengikut Seksyen 477 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.

Suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini, suspek diburu kerana melarikan diri dari hospital selepas kereta dipandunya merempuh motosikal sepasang suami isteri sehingga maut di KM 5, Jalan Bukit Pasir, Batu Pahat, Isnin lepas.

Dalam kejadian pukul 7.15 pagi, Wahadi Jamos, 62, dan isterinya Rokiah Jangi, 65, dari Parit Lapis Bangas, Seri Medan, Batu Pahat dilaporkan meninggal di tempat kejadian. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gG8ZEK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.