Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Tak Mahulah Ditanya Soalan Ini Lagi, Rasa Macam Nak Menangis, Pinta Saya Doakan Semoga Kami Dimurahkan Rezeki Ya.”- Hati Noah Terusik Apabila Sering Diajukan Tentang Anak.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Tak Mahulah Ditanya Soalan Ini Lagi, Rasa Macam Nak Menangis, Pinta Saya Doakan Semoga Kami Dimurahkan Rezeki Ya.”- Hati Noah Terusik Apabila Sering Diajukan Tentang Anak..



SESUNGGUHNYA zuriat ialah anugerah terindah daripada Tuhan. Siapa yang tak nak zuriat kan? Anak sememangnya matlamat terpenting bila sudah berkahwin.

Tapi sekiranya belum ada rezeki untuk dapat zuriat, nak buat macam mana kan? Sekalipun kita ni mungkin ‘subur’ tetapi jika sudah tertulis belum rezeki, kita sebagai manusia tidak dapat melakukan apa-apa.


Itulah yang dilalui oleh pelantun lagu Angin Kencang, Noh Salleh yang mengakui hatinya mudah terusik bila bicara soal cahaya mata.

Penyanyi ini berkata, dia sentiasa menantikan rezeki cahaya mata dan tidak pernah berhenti berdoa agar dikurniakan cahaya mata.



Noh Salleh dan Mizz Nina bahagia melayari alam rumah tangga.

Dia turut menyatakan sebenarnya perkara tersebut bukanlah satu tekanan buatnya. Tapi apa yang membuatkan dia berasa kecewa adalah apabila terdapat pihak yang mempersoal berkaitan perkara tersebut.

“Saya tak tertekan tentang soal anak cuma bila orang tanya baru ada tekanan tu, lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dah ada anak,” ujarnya memetik mStar Online.


Noh akui banyak pihak yang sering mempersoal tentang bila mereka hendak menimang cahaya mata setelah enam tahun layari bahtera perkahwinan.


Dia meminta agar soalan sebegini dielakkan malah terus menerus doa yang terbaik buat dia dan isteri.

“Tak mahulah ditanya soalan ini lagi, rasa macam nak menangis, pinta saya doakan semoga kami dimurahkan rezeki ya,” katanya.


Noh dan Mizz Nina telah disatukan pada 1 Julai 2011 dalam majlis tertutup yang berlangsung di Ampang Jaya dengan mas kawin sebanyak RM888.88.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xY9q4y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.