Hi! Welcome Back and Stay Tune! 2,125 Perusahaan Malaysia Beroperasi Di 84 Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

2,125 Perusahaan Malaysia Beroperasi Di 84 Negara

KUALA LUMPUR – Kajian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan sebanyak 2,125 organisasi perniagaan berkaitan Malaysia beroperasi di 84 buah negara pada tahun 2015.

Perusahaan berasaskan perkhidmatan menyumbang 74.2 peratus dan diikuti oleh pembuatan 14.1 peratus serta pertanian 4.8 peratus.

Jabatan Perangkaan Malaysia, daripada segi perolehan, “affiliate” menjana RM300.2 bilion terutama disumbangkan oleh syarikat yang berada di Indonesia, Singapura, United Kingdom, Afrika Selatan dan China yang menyumbang 55.5 peratus kepada nilai perolehan.

“Perkhidmatan merupakan sektor dominan dengan 62.2 peratus dan pembuatan 24.1 peratus.

“Bilangan pekerja bergaji oleh “affiliate” Malaysia di luar negeri berjumlah 372,570 orang,” kata jabatan itu dalam satu laporan yang disiarkan kepada umum hari ini.

Kata Jabatan Perangkaan Malaysia, kebanyakkan pekerja itu adalah dalam  sektor perkhidmatan dengan 143,544 orang dan pertanian 114,951 orang.

Jelas Jabatan Perangkaan Malaysia, “affiliate” di Indonesia mencatatkan bilangan pekerja  tertinggi iaitu 140,913 orang, di mana 67.4 peratus terlibat dalam sektor pertanian.

“Penerbitan ini memaparkan statistik affiliate Malaysia yang beroperasi di luar negeri bagi tahun 2010-2015 dan merupakan laporan pertama diterbitkan kepada umum,” kata jabatan itu. – Mynewshub.cc

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yt3OlM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.