Terbongkar Punca TMJ Satu-satunya Orang Di Dunia Yang Boleh Terbang Ke Korea Utara Bila-bila Masa Didedahkan
Pada 19 September, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (atau lebih mesra kita panggil sebagai TMJ) menerima kunjungan Kim Yu Song, iaitu Charge D’Affairs Korea Utara untuk membincangkan hubungan dua halaantara Malaysia dan Korea Utara, sambil mengeteh secawan dua kat Istana Bukit Serene.
Beberapa hari lepas tu, keluar berita ni kat agensi berita antarabangsa, Reuters
Petikan dari Reuters
Pergh, layanan ekslusif tu. TMJ sorang je yang dapat pas VIP ni? Dan apa kaitannya dengan bola?
TMJ adalah orang PERTAMA di dunia yang dapat akses peribadi ke ruang udara Pyongyang
Kat laman Facebook TMJ, ada mengatakan yang selepas perjumpaan tu, “DYAM Tunku Mahkota Johor turut memberi ucapan antara dua pemimpin iaitu antara baginda dan pemimpin tertinggi Korea Utara.” Tapi apa yang paling mengejutkan adalah:
“DYAM Tunku Mahkota Johor turut diberi penghormatan istimewa iaitu kebenaran sepenuhnya untuk menggunakan ruang udara terus dari Johor ke Pyongyang pada bila-bila masa sahaja sekiranya baginda ingin melawat negara Korea Utara.
Ini merupakan satu penghormatan tertinggi kerana sebelum ini, mana-mana pihak di dunia ini adalah perlu untuk berhenti di Beijing terlebih dahulu. Allah Peliharakan Tuanku . – FB Johor Southern Tigers
Sekarang ni kalau nak pergi ke Korea Utara kena mendarat kat Lapangan Antarabangsa Pyongyang, yang hanya menerima penerbangan daripada tiga bandar China (Beijing, Shanghai, dan Shenyang) dan juga satu bandar Russia (Vladivostok).
Bagi yang mabuk kapal terbang boleh naik feri daripada Russia ataupun naik keretapi daripada Beijing. At least korang (mungkin) ada roaming sebelum sampai ke Korea Utara.
Keistimewaaan TMJ, seperti yang dikatakan tadi, baginda adalah satu-satunya individu asing yang diberikan akses terus ke Korea Utara melalui ruang udara asing. Selain daripada pegawai-pegawai Cina di Beijing sebab ada laluan terus, pemimpin macam Trump dan Vladimir Putin pun kena masuk ikut laluan Beijing.
Kenapa TMJ dapat layanan VVIP ni, lagi ekslusif daripada Trump dan Putin?
Pasukan Malaysia sepatutnya main bola dengan Korea Utara, tapi asyik tertangguh…
Sepatutnya Malaysia dan Korea Utara telah dijadualkan untuk mengadakan perlawanan pada 29 Mac untuk AGC Asian Cup 2019. Tapi sebab tiba-tiba kita ada kes Kim Jong Nam tu jadi hangat, dan perlawanan tersebut dah beberapa kali ditangguh.
Pihak-pihak dalam terlibat dalam sukan bola sepak kita sedang dalam proses membincangkan tempat yang neutral untuk perlawanan tersebut, sebab ada yang takut pemain kita kena racun atau terdedah kepada bahaya kalau kita hantar ke Korea Utara. Malah benda ni memang permah berlaku sewaktu Korea Utara melawan Australia pada tahun 1966.
TMJ, mula-mulanya memang tak berkenan pergi ke Pyongyang
“saya sebagai Presiden FAM tidak setuju sama sekali untuk kami pergi ke Korea Utara tetapi keputusan tersebut terletak pada kerajaan dan Menteri Sukan. Bagi saya keutamaan adalah keselamatan rakyat Malaysia. Kami harus membuat keputusan untuk meletakkan keselamatan rakyat sebagai agenda pertama dan bukan membuat keputusan berdasarkan situasi politik. Perkara ini terletak kepada apa kerajaan Malaysia dan penyokong bola sepak tanah air inginkan. – TMJ
Dan hal keselamatan ni bukan main-main.Benda inilah yang terjadi kepada pasukan negara India sewaktu bermain di Pyongyang beberapa hari lalu. Waktu dorang nak check out hotel, staff bagitau yang kalau dorang bangun awal sebelum 6 pagi, boleh tengok peluru berpandu daripada hotel. Pergh, cakap pasal bom macam cakap pasal sarkis nak datang.
Nasib baiklah kumpulan tersebut selamat, takde sebarang perang nuklear berlaku. Tapi bila dorang sampai kat lapangan terbang, beg dorang pulak yang hilang…
“Kami tiada kasut, kit latihan atau bola untuk latihan pertama kami… Kasut yang dibeli adalah berkualiti rendah, ada yang salah saiz. Ini bukan apa yang kamu jangkakan daripada persekitaran yang professional.” – Erik Paartalu, pemain negara India dalam temuramah dengan news.com.au
Tak tau la sama ada kejadian ini disengajakan atau memang last minute beli kat kedai 5 ringgit, tapi TMJ semestinya tak nak mengambil sebarang risiko untuk pemain-pemain kita, malah dia kata mungkin kita kena bawa makanan sendiri.
“…salah satu maklumat yang saya terima mengatakan kami perlu membawa makanan sendiri oleh kerana isu sabotaj.” – TMJ,
Terima kasih TMJ sebab jaga kebajikan pasukan Malaysia!
Jadi nampaknya penghormatan istimewaini adalah melambangkan budi bicara daripada kerajaan Korea Utara dan juga memberi jaminan yang pasukan Malaysia akan selamat sewaktu di Pyongyang. Sebab kalau TMJ pun masih lagi berhati-hati, apatah lagi kita ni..
Kredit: cilisos
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z3LMom
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment