YAKIN PILIHAN MAHATHIR, KATA ZAID TENTANG AGIHAN KERUSI
Datuk Zaid Ibrahim mahu pemimpin Pakatan Harapan menaruh kepercayaan penuh mereka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membuat keputusan yang betul berhubung agihan kerusi menjelang pilihan raya umum kan datang.
Dalam catatan di blog, hari ini, bekas menteri di jabatan perdana menteri itu berkata beliau difahamkan terdapat perbezaan pendapat mengenai peruntukan kerusi dalam gabungan parti pembangkang tersebut.
“Ada yang menganggap mereka dari ‘parti kanan’ dan oleh itu mesti diberi lebih banyak kerusi daripada yang lain.
“Parti baru juga mahukan lebih banyak kerusi,” katanya.
Menurut Zaid, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pimpinan Mahathir sudah tentu mahu jumlah kerusi paling banyak, jika tidak, dakwaannya sebagai parti Melayu alternatif kepada Umno tidak membawa sebarang makna.
“Saya harap calon yang menang tidak dilupakan dan diletakkan di kerusi yang betul, walaupun mereka bukan dari parti yang sebelum ini menuntut kerusi itu. Fleksibiliti harus menjadi kekuatan kita,” katanya.
Zaid percaya bahawa Mahathir mampu melakukan keputusan yang betul, memandangkan pengalaman meluas dan kebijaksanaannya. Oleh itu, katanya pemimpin HARAPAN perlu menaruh kepercayaan kepada bekas perdana menteri berkenaan.
“Tidak mudah untuk mencalon dan mendamaikan pesaing yang semuanya adalah ‘calon besar’. Pemimpin HARAPAN harus bersedia untuk membiarkan Mahathir menyelesaikan tuntutan bertindih dengan cepat.
“Pilihan raya umum mungkin diadakan selepas pembentangan Belanjawan, jadi kita tidak mempunyai banyak masa lagi,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkan Bajet 2018 di Parlimen pada 27 Oktober ini.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fOUFdl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment