8.6 juta tontonan, video lirik ‘I Am Me’ terus dapat sambutan (VIDEO)
KUALA LUMPUR, 5 Okt — Pelancaran video muzik baharu “I Am Me” tidak menjejaskan jumlah tontonan video terawal yang dihasilkan KRU Music.
Video lirik yang dimuat naik sejak pertengahan Julai lalu kini sudah ditonton lebih 8.6 juta kali dan diulas lebih 20,000 penonton.
Datuk Seri Hasmiza Othman semalam merasmikan video muzik baharu “I Am Me” di salah sebuah pusat membeli belah terkemuka di sini.
Video yang diarahkan Ghaz Abu Bakar itu kini ditonton lebih 65,000 kali selepas ia dimuat naik di laman YouTube DSV Entertainment.
Penggambaran yang dibuat di rumah mewah Hasmiza itu mengundang kritikan ramai mendakwa jutawan kosmetik tersebut cuba menunjuk-nunjuk.
Bagaimanapun, Hasmiza berkata kemewahan yang dipaparkan sewajarnya menjadi pembakar semangat orang lain untuk berjaya.
Sumber 8.6 juta tontonan, video lirik ‘I Am Me’ terus dapat sambutan (VIDEO)
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yJBDfW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment