Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Tangan Saya Lenguh, Salahkah Saya Letak Bayi Di Bawah Sekejap?' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Tangan Saya Lenguh, Salahkah Saya Letak Bayi Di Bawah Sekejap?'


SEORANG wanita yang gambar pernah menjadi tular tahun lalu kerana didakwa meletakkan anaknya di atas lantai sebuah lapangan terbang, akhirnya membuka mulut tentang apa sebenarnya yang terjadi.

Molly Lensing, dari Illinois, Amerika Syarikat, memberitahu, biarpun sudah setahun berlalu, dia masih dihantui imej gambar itu yang tersebar di laman sosial dan menjadi meme netizen.

Dalam temu bual bersama program TODAY, Lensing memaklumkan gambar berkenaan bukan sahaja diambil tanpa izin dan mencabuli hak peribadinya, malah telah menjadikannya sangat tertekan.

Apa yang berlaku sebenarnya, kata Lensing, dia terpaksa meletakkan anak perempuannya itu seketika untuk melepaskan lelah kerana telah memangkunya selama hampir 20 jam.

Tahun lalu, gambar Lensing yang duduk di atas kerusi sambil menggunakan telefon, manakala anaknya pula dibiarkan berbaring di atas lantai beralaskan selimut, ditularkan oleh seorang pengguna Facebook.

"Kami antara penumpang yang terperangkap di lapangan terbang dalam insiden kegagalan sistem komputer penerbangan Delta ketika itu.


"Penerbangan kami ditunda dan saya terpaksa menempah semula tiket beberapa kali. Kami berada di sana hampir 20 jam.

"Saya mendukung Anastasia, yang ketika itu berusia 2 bulan, selama beberapa jam. Akhirnya tangan saya lenguh, dia juga perlu relax sementara saya pula perlu berhubung dengan ahli keluarga yang tertanya-tanya di mana kami," jelas Lensing.

Tambah Lensing, ada kalanya dia dapat melupakan gambar itu. Tetapi dia tidak dapat lari daripada rasa bimbang jika dinilai sebagai ibu yang tidak baik, apatah lagi dia merupakan seorang jururawat perbidanan.

"Saya bernasib baik kerana keluarga dan rakan-rakan tahu apa sebenarnya yang terjadi. Kerana mereka, saya cuba untuk tidak menghiraukan komen negatif dan yakinkan diri yang saya seorang ibu yang baik," kata Lensing yang memiliki dua lagi anak perempuan berusia 4 dan 3 tahun.

Tahun lalu, gambar Lensing yang duduk di atas kerusi sambil menggunakan telefon, manakala anaknya pula dibiarkan berbaring di atas lantai beralaskan selimut, ditularkan oleh seorang pengguna Facebook.

Ia dikritik netizen dan pantas menjadi meme mempersendakan tindakan Lensing.

Sumber: Astro Awani


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xX0IF0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.