Hi! Welcome Back and Stay Tune! Susulan warga emas disamun, waspada penyamar pekerja TNB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Susulan warga emas disamun, waspada penyamar pekerja TNB

TNB menasihatkan orang ramai berwaspada terhadap pihak yang menyamar sebagai pekerja atau kontraktor TNB berikutan kes warga emas yang disamun di rumahnya oleh penjenayah yang menyamar sebagai pekerja TNB beberapa hari lepas. — Gambar oleh Saw Siow FengTNB menasihatkan orang ramai berwaspada terhadap pihak yang menyamar sebagai pekerja atau kontraktor TNB berikutan kes warga emas yang disamun di rumahnya oleh penjenayah yang menyamar sebagai pekerja TNB beberapa hari lepas. — Gambar oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 5 Okt — Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap pihak yang menyamar sebagai pekerja atau kontraktor TNB berikutan kes warga emas yang disamun di rumahnya, oleh penjenayah yang menyamar sebagai pekerja TNB beberapa hari lepas.

Pengurus Besar Perhubungan Awam dan Dalaman (TNB), Datuk Omar Sidek berkata anggota kerja TNB yang sebenar diwajibkan berpakaian seragam syarikat berupa kemeja-T bewarna merah, berjaket biru dengan logo serta nama, ketika menjalankan tugas.

“Pemeriksaan hanya akan dibuat setakat di meter sahaja dan tidak dibenarkan membuat pemeriksaan pendawaian selepas meter kerana ia di luar bidang kuasa TNB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata kakitangan TNB perlu menunjukkan kad kuasa (kad pengenalan diri sebagai pekerja TNB yang memaparkan gambar anggota kerja berserta nombor kad pengenalan dan nombor pekerja) kepada pemilik atau penghuni premis.

Katanya kes melibatkan penjenayah menyamar sebagai pekerja TNB amat merisaukan seperti yang berlaku baru-baru ini.

Dua hari lepas, sebuah akhbar melaporkan seorang wanita warga emas di Jertih, Terengganu menjadi mangsa apabila disamun di rumahnya oleh dua lelaki yang menyamar sebagai pekerja TNB di Kampung Gong Mak Som dekat Alor Lintah.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi dipetik berkata, suspek berpura-pura mahu memeriksa meter elektrik rumah mangsa dan meminta mangsa mengambil bil, ketika mangsa menyerahkan bil elektrik, suspek terus meragut rantai leher mangsa berusia 61 tahun sebelum melarikan diri.

Pada bulan Julai baru-baru ini, seorang lelaki menyamar sebagai pekerja TNB untuk mencuri telefon pintar Samsung S7 di sebuah pejabat berlokasi di Jalan Kuchai Lama.—Bernama



Sumber Susulan warga emas disamun, waspada penyamar pekerja TNB

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fM1c8t

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.