Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anggota tentera ditahan rantai anak macam binatang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anggota tentera ditahan rantai anak macam binatang

Anggota tentera ditahan rantai anak macam binatang|Seorang anggota tentera ditahan kerana dipercayai mengikat anaknya yang berusia sepuluh tahun pada tong gas dengan menggunakan rantai di sebuah rumah di Bandar Indera Mahkota di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, perbuatan suspek berusia 32 tahun itu terbongkar selepas pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan ke rumah itu pada jam 10 pagi semalam.

“Suspek yang berkhidmat di Kem Batu 10 di sini dipercayai berbuat demikian selepas mangsa, anak ketiga daripada lima beradik, itu ponteng sekolah.

“Polis membuat pemeriksaan di tingkap belakang rumah selepas tiada jawapan apabila pintu hadapan rumah diketuk dan menjumpai mangsa yang hanya berseluar diikat pada tong gas berwarna hijau dengan menggunakan rantai dan kunci mangga.

“Polis memecah masuk dan cuba mengejutkan mangsa namun kanak-kanak itu tidak sedarkan diri menyebabkan polis terpaksa memotong rantai yang diikat lehernya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdul Aziz menambah mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan bagi kecederaan di leher.

Beliau berkata pihaknya sedang menyiasat sama ada isteri suspek mengetahui perbuatan suaminya.

Suspek kini ditahan reman selama seminggu di lokap IPD Kuantan dan siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 iaitu mendera, mengabaikan dan menganiaya kanak-kanak. –

The post Anggota tentera ditahan rantai anak macam binatang appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hPz74v

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.