Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video Gairah Nadia Brian Tersebar Undang Kecaman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video Gairah Nadia Brian Tersebar Undang Kecaman

Video Gairah Nadia Brian Tersebar Undang Kecaman|Nadia Brian mungkin agak asing dalam kalangan peminat seni tanah air tambahan pula dia masih baharu dalam bidang ini.

Tetapi, jika disebut peranannya melalui watak Milda dalam drama bersiri Akulah Balqis, pasti ramai yang terbayangkan raut wajah empunya nama ini.

Lumrah status seorang artis, tidak terlepas daripada kritikan dan kecaman. Ada sahaja tindak tanduk yang diperhati.

Begitulah yang terjadi pada aktres ini di mana dia menjadi bualan hangat netizen apabila dikatakan tampil seksi semasa bercuti baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram, Nadia ada memuat naik beberapa posting yang memaparkan dia menghabiskan masa di sebuah pulau.

Salah sebuah posting yang dimuat naik, telah mengundang kritikan ‘panas’ netizen apabila aktres ini didakwa berpenampilan seksi dan membuat aksi ‘ghairah’

Bagaimana pun, Nadia atau nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi mengakui terkejut serta tidak menyangka posting berkenaan boleh menjadi perhatian netizen.

Menurut pelakon ini, posting yang dikongsi itu dirakam sewaktu bercuti bersama dengan ibunya di Pulau Perhentian, Terengganu.

Baginya, penampilan ketika itu tidaklah terlalu seksi seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak.

“Terkejut juga tiba-tiba followers di Instagram bertambah dan bila baca komen ada yang kata pakaian saya seksi.

“Bagi saya, ia tidaklah terlalu seksi dan gambar itu diambil ketika saya sedang bersantai di kawasan pantai.

“Saya bercuti berdua dengan ibu dan video itu dirakam oleh ibu. Saya bukan bercuti dengan mana-mana lelaki seperti yang didakwa oleh netizen,” katanya dipetik mStar Online.

Dalam pada itu, Nadia berkata lebih memilih untuk berdiam diri dan tidak mengambil kisah dengan tohmahan negatif yang dilontar terhadapnya.

Tambah nadia lagi, dia lebih selesa menjadi diri sendiri serta kalau boleh hanya mahu dikenali kerana kerjaya dan bukan kontroversi.

“Malaslah nak ambil tahu benda-benda begini, yang penting saya buat hal sendiri dan tak kacau orang.

“Sejujurnya, saya tak tertekan tentang isu ini cumanya kalau boleh jangan terlalu mudah melabelkan saya dengan tanggapan yang tidak baik.

“Kalau ada yang kurang selesa dengan tingkah laku saya, saya mohon maaf,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nadia dikatakan bakal muncul dalam drama terbitan JS Pictures, Dekatkan Jarak Kita, yang bakal disiarkan November ini di TV3.

The post Video Gairah Nadia Brian Tersebar Undang Kecaman appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ggF4nz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.