Hi! Welcome Back and Stay Tune! Buat kali ketujuh, usul RUU Hadi masuk Parlimen minggu depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Buat kali ketujuh, usul RUU Hadi masuk Parlimen minggu depan

Usul RUU 355 yang dibawa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang disenarai dalam agenda sesi Parlimen minggu depan. — Foto oleh Yusof Mat IsaUsul RUU 355 yang dibawa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang disenarai dalam agenda sesi Parlimen minggu depan. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 21 Okt — Usul PAS untuk memperkasa Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) dengan hukuman lebih keras sekali lagi disenarai dalam agenda Parlimen.

Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang dibawa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mencadangkan perubahan Akta 355 tersenarai nombor lima dalam kertas aturan mesyuarat.

Sidang Dewan Rakyat akan bersambung semula Isnin ini dan ia merupakan kali ketujuh usul RUU kontroversi itu tersenarai dalam kertas aturan.

Usul RUU 355 disenaraikan selepas empat RUU kerajaan yang menunggu untuk bacaan kali kedua serta perbahasan.

Tidak jelas sama ada usul itu akan dibahas sepanjang 25 hari persidangan kerana Bajet 2018 akan dibentang Jumaat depan dan waktu perbahasan mengenainya mungkin mengambil masa lama sepanjang tempoh itu.

Selepas beberapa kali percubaan, Hadi pada sesi Parlimen 6 April lalu membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat walaupun ‘diganggu’ beberapa wakil rakyat pembangkang.

Pindaan yang dicadangkan itu antara lain adalah bagi meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun, hukuman denda maksimum sehingga RM100,000 dan hukuman sebatan 100 kali.

Baca seterusnya di Malay Mail Online



Sumber Buat kali ketujuh, usul RUU Hadi masuk Parlimen minggu depan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zEVWMx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.