Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gerakan: Jika Guan Eng dengar aduan tragedi tanah runtuh boleh dielak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gerakan: Jika Guan Eng dengar aduan tragedi tanah runtuh boleh dielak

Presiden Gerakan mendesak kerajaan negeri menilai kembali semua projek di Pulau Pinang sama ada selamat atau sebaliknya supaya insiden semalam tidak berulang.

Mah-Siew-Keong-lim-guan-engKUALA LUMPUR: Gerakan menyifatkan kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai “sombong” kerana enggan mendengar bantahan penduduk berhubung pembinaan projek pembangunan di lereng bukit sehingga berlakunya tanah runtuh semalam.

Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, sekiranya kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng mendegar bantahan penduduk termasuklah yang dikemukakan Adun DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu, kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan yang menyaksikan 11 orang tertimbus boleh dielakkan.

“Saya kecewa sebab sebelum ini NGO, penduduk termasuklah Adun Tanjung Bungah dari DAP sendiri sudah banyak kali membantah projek pembangunan di lereng bukit di Pulau Pinang.

“Tapi projek tersebut diteruskan. Jadi jika (kerajaan DAP) dengar bantahan mereka tragedi semalam tidak akan berlaku,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Gerakan hari ini.

Sehubungan itu beliau mendesak kerajaan negeri menilai kembali semua projek di Pulau Pinang sama ada selamat atau sebaliknya supaya insiden semalam tidak berulang.

“Saya rasa selepas ini semua projek di Pulau Pinang perlu dinilai semula sebelum ia diluluskan atau diteruskan pembinaan sebab kita tidak mahu ada lagi kejadian sama berulang,” katanya.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 11 mangsa tertimbus manakala 7 disahkan terbunuh. Setakat tengah hari tadi 7 mayat telah dikeluarkan.

Susulan kejadian itu, kerajaan Pulau Pinang akan menubuhkan suruhanjaya siasatan negeri bagi menyiasat kejadian tersebut.

Guan Eng berkata, beliau terkejut melihat banyak nyawa hilang dan berjanji untuk mencari punca kejadian.

Yee Cheu memohon maaf kepada semua rakyat di Pulau Pinang ekoran tragedi itu.

Beliau berkata pihak berkuasa perlu menjelaskan kepada rakyat apa yang telah berlaku dan punca kejadian itu.

Jelas wakil rakyat DAP itu memberitahu beliau pernah membantah kerja-kerja membina kondominium bertingkat tinggi, bersama-sama dengan Persatuan Penduduk Tanjung Bungah sebelum ini.

Tanah runtuh: Adun Tanjung Bungah minta maaf

Tanah runtuh: Guan Eng sedih, tubuh suruhanjaya siasatan negeri


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Gerakan: Jika Guan Eng dengar aduan tragedi tanah runtuh boleh dielak

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yZahXe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.