Padah bagi kawan pinjam kad ATM, tahu-tahu ada pinjaman berjumlah RM360,000 atas namanya
SEREMBAN – Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Seorang jurujual lelaki kini terpaksa menanggung beban selepas kenalannya meminjam kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sejak Jun lalu.
Lapor BH Online, Yee Yong Kian, 32, tidak menyangka kenalan yang dikenali kira-kira dua tahun lalu, menggunakan kad miliknya untuk melakukan pinjaman tidak wujud membabitkan jumlah RM360,000.
Menurut Yong Kian, suspek yang beralamat di Kajang, Selangor itu datang berjumpanya memberitahu mahu meminjam kat ATM bagi memudahkan majikannya memasukkan gaji, memandangkan dia tiada akaun bank berkenaan.
“Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana memikirkan akaun bank itu yang tidak aktif dan tiada wang, lalu memberikan kad itu bersama kata laluan.
“Selepas beberapa minggu, saya cuba menghubunginya untuk mendapatkan semula kad, tetapi gagal.
“Pada Ogos lalu, polis dari Wangsa Maju datang ke rumah memaklumkan akaun bank milik saya digunakan untuk menipu ramai individu.
“Ketika itu baharu saya sedar kenalan salah menggunakan kad bank yang saya pinjamkan, dan sehingga kini terdapat sebanyak 26 laporan di 24 balai polis,”katanya.
Sejak itu sehingga 28 September lalu, dia direman dan diambil keterangan di beberapa balai polis, sehinggalah dia baru-baru ini dibuang kerja akibat daripada kes itu.
Yong Kian yang kini sudah menutup akaun bank miliknya berkata pada 6 September lalu, dia didakwa di Mahkamah Seremban mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan kerana kesalahan memberi pinjam kad ATM dan didenda RM8,600.
“Denda itu hanya untuk satu kes, saya berdepan 25 lagi kes yang sama di seluruh negeri. Dengan keadaan tiada pekerjaan, sudah pasti susah untuk membayar denda.
“Saya berharap polis dapat menangkap segera suspek. Saya mendapat tahu suspek yang menggunakan Facebook untuk mengiklankan mengenai kegiatan pinjaman tidak wujud, turut menggunakan tujuh kad ATM milik individu berbeza untuk melakukan jenayah ini,” katanya.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Padah bagi kawan pinjam kad ATM, tahu-tahu ada pinjaman berjumlah RM360,000 atas namanya
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yG00xK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment