Hi! Welcome Back and Stay Tune! “I just want to balik kampung” – Bekas CEO MAB, Peter Bellew letak jawatan sukarela bukan kerana sesiapa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“I just want to balik kampung” – Bekas CEO MAB, Peter Bellew letak jawatan sukarela bukan kerana sesiapa

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Berhad (MAB) Peter Bellew menegaskan peletakan jawatannya adalah secara sukarela dan tiada kaitan dengan sesiapa.

 

"I just want to balik kampung" - Bekas CEO MAB, Peter Bellew letak jawatan sukarela bukan kerana sesiapa

“I just want to balik kampung” – Bekas CEO MAB, Peter Bellew letak jawatan sukarela bukan kerana sesiapa

 

Menurutnya, kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah tidak benar.

“Semua yang beliau katakan mengenai saya meninggalkan MAB adalah tidak benar sama sekali.

“Cukup-cukuplah kaitkan saya dengan pihak berkenaan di Malaysia, semak dulu fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Dakwaan Tun Mahathir terhadap saya 100 peratus tidak betul,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Bellew berkata demikian dalam menafikan dakwaan Tun Mahathir bahawa pelepasan jawatannya disebabkan campur tangan Najib dalam urusan syarikat penerbangan negara itu.

“No interference. I just want to ‘balik kampung’,” katanya.

Bernama melaporkan, beliau tidak memeterai sebarang perjanjian bagi pekerjaan baru, termasuk daripada Ryanair, pada masa peletakan jawatan beliau daripada syarikat penerbangan itu pada 8 Oktober.

“Saya memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi kontrak saya, Khazanah (Nasional Bhd) dan Pengerusi kami melakukan segala yang mungkin untuk saya terus kekal,” katanya.

Apabila ditanya mengapa Khazanah mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan keesokan harinya selepas menerima surat peletakan jawatan yang diserahkan kepada Pengerusi Tan Sri Md Nor Yusof, Bellew berkata: “Saya rasa kerana mereka cuba segalanya untuk berusaha mengekalkan saya.”

Beliau menegaskan peletakan jawatannya bukan disebabkan campur tangan politik dalam keputusan syarikat penerbangan itu untuk membeli Boeing atau Airbus, serta campur tangan daripada mana-mana pihak berkuasa lebih tinggi, termasuk syarikat induk Khazanah dan Perdana Menteri.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak campur tangan dalam apa-apa juga cara. Beliau sentiasa memberi galakan kepada saya.

“Dakwaan itu sama sekali tidak benar. Seratus peratus tidak betul. MAB perlukan pesawat kerangka lebih besar dan kerangka kurang sempit. Itu sahaja,” kata anak kelahiran Ireland itu.

Bellew dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAB pada 1 Julai 1, 2016. Sebelum itu beliau adalah Ketua Pegawai Operasi MAB.

Kapten Izham Ismail diumumkan sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang baru bagi menggantikan Bellew.

Sumber: Metro



Sumber “I just want to balik kampung” – Bekas CEO MAB, Peter Bellew letak jawatan sukarela bukan kerana sesiapa

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yG8nJG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.