Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tindakan jujur cleaner Indonesia pulangkan dompet berisi RM12,000 dapat penghargaan Ketua Polis Daerah Dang Wangi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tindakan jujur cleaner Indonesia pulangkan dompet berisi RM12,000 dapat penghargaan Ketua Polis Daerah Dang Wangi

TINDAKAN jujur pekerja pembersihan warga Indonesia yang menyerahkan dompet mengandungi RM12,000, mendapat penghargaan daripada Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman.

 

 

Tindakan jujur cleaner Indonesia pulangkan dompet berisi RM12,000 dapat penghargaan Ketua Polis Daerah Dang Wangi

Tindakan jujur cleaner Indonesia pulangkan dompet berisi RM12,000 dapat penghargaan Ketua Polis Daerah Dang Wangi

 

Pekerja dikenali sebagai Markina Samana, 43, itu menjumpai dompet terbabit di bilik persalinan bayi di tingkat tiga Kompleks Beli Belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, 9 Oktober lalu.

Markina ketika ditemui berkata, dia tidak mengetahui jumlah wang yang ada di dalam dompet berkenaan kerana tidak membukanya, sebaliknya terus menyerahkan dompet itu kepada penyelianya.

“Masa jumpa memang terkejut tetapi saya terus menyerahkan kepada penyelia.

“Saya tak membukanya kerana ia bukan milik saya dan tiada hak untuk melihat isi kandungan di dalamnya,” katanya selepas menerima sijil penghargaan daripada Mohd Sukri dalam majlis ringkas di kompleks beli belah itu.

Menurut Markina, dia hanya mengetahui dalam dompet itu mengandungi lebih RM12,000 selepas Unit Keselamatan Berjaya Times Square menyerahkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada hari sama dompet itu dijumpai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, dompet berkenaan mengandungi sejumlah wang tunai iaitu USD3,000 (RM12,666) dan Syria Pound 3,650 (RM30).

Katanya, tiada sebarang dokumen pengenalan ditemui dalam beg duit itu melainkan sekeping gambar dua lelaki dan dua wanita dewasa bersama dua kanak-kanak dipercayai warga Timur Tengah.

“Buat masa ini, kita masih belum mengenal pasti siapa pemilik dompet ini kerana tiada laporan kehilangan dibuat.

“Tetapi kita percaya pemiliknya adalah warga Timur Tengah berdasarkan gambar yang ada dalam beg duit itu,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber Tindakan jujur cleaner Indonesia pulangkan dompet berisi RM12,000 dapat penghargaan Ketua Polis Daerah Dang Wangi

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hWC5Rf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.