Datuk A Aida dilantik sebagai Leftenan Kolonel Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
PENERBIT drama terkenal, Datuk A Aida dianugerahkan pangkat Leftenan Kolonel Bersekutu oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam majlis yang diadakan di Dewan Tengku Mahmud, Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan, semalam.
A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang berkata, dia berbangga dan berbesar hati atas penganugerahan itu yang disifatkan sebagai pembakar semangat untuknya terus membantu masyarakat.
“Saya dimaklumkan mengenai watikah perlantikan ini sejak sebulan lalu. Ini adalah pingat tertinggi kedua diterima selepas gelaran Datuk.
“Memandangkan negeri di kawasan Pantai Timur sedang bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh, Insya-Allah saya juga akan turun padang membantu mereka yang memerlukan,” katanya.
Pada majlis itu, A Aida yang juga Ahli Majlis Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) menjadi satu-satunya penggiat industri yang menerima anugerah itu.
“Ini bukan sekadar anugerah, tetapi ia satu tanggungjawab besar untuk saya.
Melihatkan tugas APM, saya berasakan sudah tiba masanya untuk penggiat seni turut terbabit sama.
“Saya mahu anugerah seumpama ini membuka mata orang industri supaya tidak melupakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat,” katanya.
Sumber: Metro
Sumber Datuk A Aida dilantik sebagai Leftenan Kolonel Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xXuiIx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment