Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengulangan kematian yang menyesakkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengulangan kematian yang menyesakkan

FILEM, Happy Death Day yang mengetengahkan kejadian yang berulang-ulang dan berlaku dalam sehari, bukan kisah baru yang dipersembahkan di layar perak.

Atas sebab itu pada awalnya penulis membuat kesimpulan filem ini memang klise selepas menonton trailernya.

Namun kesimpulan itu berubah selepas menontonnya di pawagam.

Filem arahan Christopher Landon dan dijayakan pelakon seperti Jessica Rothe, Israel Broussard  dan Ruby Modine ini sebenarnya berkisar mengenai misteri yang dilalui oleh Tree, seorang gadis yang suka bersosial dan nakal selepas kematian ibunya.

Namun segalanya bermula apabila Tree dibunuh pada hari jadinya oleh seseorang yang bertopeng misteri dan kejadian itu seolah-olah berulang setiap kali dia terjaga dari mimpi.

Kejadian berulang-ulang itu mendorongnya mencari punca dan merungkaikan misteri tersebut serta mengenal pasti siapakah pembunuhnya. Namun dek sikapnya yang liar, dia mempunyai banyak suspek yang berpotensi berdendam dengannya.

Pada pandangan penulis, filem ini ada tarikan tersendiri biarpun beberapa babak di buat secara berulang sesuai jalan cerita.

Namun teka-teki yang cuba di rungkai oleh Tree secara tidak langsung menarik perhatian penonton untuk turut sama meneka siapakah sebenarnya yang membunuh Tree.

Tidak hanya menyelitkan misteri semata-mata, Landon juga bijak menyelitkan unsur jenaka dan nasihat untuk dijadikan pedoman penonton.

Cuma yang penulis kurang suka mengenai filem ini adalah kenapa dan sebab utama pembunuh tersebut mahu membunuh Tree dan bagaimana kejadian itu boleh berlaku berulang-ulang tidak dijelaskan dengan baik.

Namun ia masih sebuah filem yang menarik untuk ditonton dan apa yang pasti, anda pasti tidak akan menyangka gerangan pembunuh sebenar Tree.

The post Pengulangan kematian yang menyesakkan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hWDKpO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.