“Tuduhan dan fitnah Ezlynn selama ini bermotif untuk memaksa saya menceraikannya” – Adam Fahmy kecewa dengan tuduhan isterinya
Suami kepada penyanyi Ezlynn, Adam Fahmy Shamsudin kecewa dengan sikap isterinya yang melemparkan pelbagai tuduhan buruk di media dan laman sosial yang bertujuan merosakkan kredibilitinya.
Adam, 38, yang pernah menguruskan kerjaya Ezlynn, 35, sejak 11 tahun lalu berkata, isterinya berbuat demikian kerana mempunyai motif tertentu.
“Tuduhan dan fitnah Ezlynn selama ini bermotif untuk memaksa saya menceraikannya.
“Saya akan menjelaskan cerita yang sebenarnya nanti,” katanya kepada Harian Metro.
Pasangan ini sudah empat bulan tinggal berasingan dan dalam proses perceraian.
Mereka akan hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur jam 10 pagi esok sebagai susulan kes penceraian mereka.
Selasa lalu, Ezlynn mengejutkan ramai peminat apabila memuat naik status di Instagram mendedahkan rumahnya ‘dirompak’ suaminya sendiri.
Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini turut membuat laporan polis dengan mendakwa Adam mengambil barang-barang termasuk merosakkan kediaman mereka sehingga rumah itu kelihatan seperti rumah tinggal.
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menetapkan esok untuk laporan hakam berhubung kes perceraian mereka selepas kedua-dua pihak tetap mahu meneruskan perceraian walaupun selepas melalui proses timbang tara.
Sumber: Metro
Sumber “Tuduhan dan fitnah Ezlynn selama ini bermotif untuk memaksa saya menceraikannya” – Adam Fahmy kecewa dengan tuduhan isterinya
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xXgJZC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment