MaGIC bantu remaja 13 tahun bangunkan aplikasi buku teks digital
Menerusi latihan serta tunjuk ajar diterima daripada Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) @Borneo744 di kawasan Bintawa di sini, Ahmad Zulfadzli Khamidi berjaya membangunkan aplikasi tersebut dalam tempoh kurang dua minggu.
Berkongsi pengalamannya kepada Bernama, remaja itu berkata sebelum membangunkan aplikasi tersebut, dia melaksanakan kajian malahan dirinya sendiri sebagai 'contoh terbaik' yang sering kali cepat bosan dan mengantuk apabila mengulang kaji pelajaran menggunakan buku teks biasa.
"Ketika membangunkan aplikasi ini, saya gariskan empat perkara yang boleh diselesaikan 'Buku Teks Digital' ini. Empat perkara tersebut ialah 'guru tidak perlu menyemak latihan dan memeriksa kertas peperiksaan satu persatu, tidak perlu bawa buku ke sekolah, buku teks hilang, dan alat tulis tidak mencukupi'.
"Namun begitu masih ada kekangan untuk merealisasikan impian tersebut, saya memiliki idea namun tidak ada sebarang pengetahuan serta kemahiran dalam mencipta dan menulis kod untuk perisian aplikasi,," kata anak kedua daripada empat beradik itu yang bersekolah di rumah atau "homeschool".
Dibantu ibunya Norhasyimah Ahmad Merrican, 38, mereka ke Borneo744 untuk mendapatkan nasihat dan 'terkejut' dengan peluang ditawarkan secara percuma di pusat inovasi itu seperti program pengenalan untuk pelajar sekolah rendah mempelajari asas-asas dan prinsip pengekodan atau 'coding' secara praktikal.
"Sejak awal bulan ini di Borneo744 saya diberi tunjuk untuk menggunakan MIT App Inventor 2 untuk membangunkan Buku Teks Digital. Alhamdulillah menerusi tunjuk ajar yang diterima dalam tempoh kurang dua minggu saya berjaya membangunkan aplikasi ini."Buku Teks Digital ini mudah dan sesuai buat semua peringkat umur pelajar, sekolah rendah, sekolah menengah ataupun universiti. Buat permulaan aplikasi ini mempunyai subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik dan Sains namun boleh ditambah pada masa hadapan," katanya.
Borneo744 yang terletak di atas tapak seluas 120,000 kaki persegi dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Mei lalu.
Ketika ditanya bagaimana Buku Teks Digital berfungsi, Ahmad Zulfadzli berkata buku teks versi digital itu boleh diakses secara dalam talian ataupun luar talian.
Katanya dalam menjayakan inovasi tersebut, dia akan bekerjasama dengan pihak berkaitan seperti Kementerian Pendidikan supaya silibus dalam Buku Teks Digital itu sama seperti yang digunakan di sekolah.
"Pengguna telefon pintar perlu memuat turun di Apple App Store atau Google Play Store. Buku Teks Digital ini akan memiliki silibus sama seperti buku teks fizikal, selain memudahkan proses pembelajaran, guru juga tidak perlu lagi menyemak kertas latihan yang banyak kerana semua boleh dilakukan menggunakan aplikasi tersebut.
"Murid dan pelajar yang menggunakan aplikasi ini boleh melakukan latihan juga dan terus menghantar kepada guru, selepas ini warga pendidik hanya perlu memeriksa latihan diberikan tanpa perlu menyemak kertas yang banyak," katanya sambil menambah proses memasukkan data ke dalam aplikasi itu juga mudah.
Sebagai menjamin penggunaan aplikasi itu tanpa sebarang masalah, Ahmad Zulfadzli akan turut membina laman web khas buat aplikasi tersebut supaya sebarang masalah berkaitan dapat dilaporkan.
Baru dibangunkan tidak sampai sebulan, Buku Teks Digital hasil inovasi Ahmad Zulfadzli sudah mendapat pengiktirafan selepas menang tempat pertama kategori Junior Hack Weekend KCH bersempena Forum Belia TEGAS 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 14 Okt lepas.
Tidak leka dengan kejayaan tersebut, Ahmad Zulfadzli kini dalam proses menyiapkan aplikasi keduanya yang dibangunkan untuk kemudahan usahawan kecil di Sarawak memasarkan produk mereka.
Bagi Norhasyimah yang merupakan seorang usahawan, beliau amat berbangga dengan kemampuan anaknya itu yang ketika ini hanya bersekolah di rumah dan akan terus menyokong setiap aktiviti untuk meningkatkan kemahiran anaknya itu.
"Ahmad Zulfadzli memang sudah lama menunjukkan minat serta terlibat dalam aktiviti keusahawanan dan inovasi sejak berusia sembilan tahun, rasa bersyukur dengan peluang yang ada ditawarkan Borneo744 untuk merealisasikan impian anak saya ini," kata ibu tunggal itu.
-- BERNAMA
Sumber MaGIC bantu remaja 13 tahun bangunkan aplikasi buku teks digital
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ztILxo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment