Transformasi gaya tiga penyampai berita Astro AWANI di Style District
Selama enam minggu, Style District mengikuti perkembangan projek khas yang diterajui oleh lima pereka fesyen muda yang menggelarkan diri mereka The Frow.
The Frow akan membawakan enam ceraian baru buat Marlina Manaf, Nisa Kasnoon dan Malissa Sahari.
Penonton diperagakan dengan dua gaya baharu untuk setiap penyampai iaitu gaya ketika berada di dalam studio dan gaya ketika membuat liputan bagi program masing-masing.The Frow terdiri daripada Aisyah Almashoor, Hazzerwan Hazlee, Nadd Hassan, Mariam Musa dan Ain Salleh.
Kelima-lima mereka bertanggungjawab menghasilkan gaya baharu yang sesuai dan relevan dengan tugas seorang penyampai berita.
Ikuti apa pandangan Ketua Pegawai Eksekutif Suhaimi Sulaiman dan Pakar Perunding Fesyen Faizal Hamid dengan penampilan baru yang dibawakan di Finale The Frow.
Style District merupakan program gaya hidup yang memfokuskan mengenai industri rekaan, hiasan dalaman dan fesyen dalam dan luar negara- setiap Ahad 11:15 pagi dan ulangannya 3 petang.
The Frow bersama Ketua Pegawai Eksekutif Astro AWANI Suhaimi Sulaiman
Sumber Transformasi gaya tiga penyampai berita Astro AWANI di Style District
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yGnsuK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment