Lukisan Mona Lisa bermisai dilelong lebih RM3 juta
Potret Mona Lisa yang berjanggut dan bermisai hasil lukisan semula oleh Marcel Duchamp dijual pada harga USD750,000 (RM3.16 juta) pada lelongan di sini.
Potret itu sebahagian daripada 110 lukisan koleksi Arthur Brandt dengan nilai keseluruhan mencecah 3.9 juta euro (RM19.41 juta).
Namun begitu, beberapa lukisan terkenal termasuk hasil karya pelukis Francis Picabia yang dianggarkan bernilai 700,000 euro (RM3.48 juta) gagal dijual.
Mona Lisa versi Duchamp itu satu daripada sembilan karya pelukis Perancis berkenaan yang dianggap sebagai bapa kepada aliran seni konseptual.
Lukisan Mona Lisa itu diberi nama “L.H.O.O.Q” atau dalam bahasa Perancis kedengaran seperti frasa ‘elle a chaud au cul” yang bermaksud “wanita itu sedang ghairah”.
Potret berkenaan dihasilkan pada tahun 1964, 45 tahun selepas pertama kali dihasilkan pada tahun 1919.
Antara karya Duchamp turut dilelong pada acara berkenaan termasuk “Boite-en-valise” dengan harga 319,500 euro (RM1.85 juta), lebih RM200,000 dari sasaran harga awal. – AFP
Sumber: BH Online
Sumber Lukisan Mona Lisa bermisai dilelong lebih RM3 juta
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yC1bim
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment