Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak polis maut ditikam sepupu dengan pisau dan gunting - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak polis maut ditikam sepupu dengan pisau dan gunting

WANITA maut selepas ditikam di bahagian muka serta bahu menggunakan pisau dan gunting oleh sepupunya dalam kejadian di Taman Temerloh Makmur, Temerloh malam tadi.

 

 

Anak polis maut ditikam sepupu dengan pisau dan gunting

Anak polis maut ditikam sepupu dengan pisau dan gunting

 

Dalam kejadian 9.30 malam itu, mangsa Robiatul Ain Mahamod, 27, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) ketika menerima rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, mangsa adalah anak kepada anggota polis berpangkat sarjan yang bertugas di Balai Polis Temerloh.

Katanya, sebelum kejadian mangsa dikatakan bertengkar dengan sepupunya yang berusia 26 tahun, selepas mangsa mendakwa suspek menghisap dadah dan mencuri barang di dalam rumah berkenaan.

“Suspek yang berang dengan tuduhan itu bertindak menikam mangsa beberapa kali di muka dan bahu menggunakan pisau serta gunting.

“Rumah berkenaan didiami mangsa bersama suami, adiknya serta suspek dan ketika kejadian, hanya mangsa dan suspek sahaja berada di rumah,” katanya.

Othman berkata, jiran mangsa sebelum itu mendengar mangsa bergaduh dan bertengkar dengan seorang lelaki dan segera menghubungi bapa serta adik mangsa.

“Apabila bapa mangsa bersama adik lelaki mangsa tiba di rumah, mereka bertindak memecahkan pintu hadapan kerana dapati ia berkunci.

“Sebaik masuk ke rumah, mereka menemui mangsa tertiarap di ruang tamu dengan kesan tikaman dan segera membawa ke hospital, namun mangsa disahkan meninggal dunia sejam kemudian,” katanya.

Suspek berjaya ditahan pada 10 malam ketika bersembunyi di belakang rumah kosong kira-kira 70 meter dari tempat kejadian.

“Kita juga menemui pisau serta gunting yang digunakan dalam kejadian itu di bahagian garaj rumah berkenaan.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber Anak polis maut ditikam sepupu dengan pisau dan gunting

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xewVGH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.