Hi! Welcome Back and Stay Tune! Serangan Bom 2 Masjid Di Afghanistan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Serangan Bom 2 Masjid Di Afghanistan


KABUL - Dua serangan bom berani mati ketika solat Jumaat di dua masjid di Afghanistan kelmarin meragut nyawa sekurang-kurangnya 76 mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak, kata pegawai dan saksi.

Seorang pengebom berani mati masuk ke sebuah masjid Syiah dan meletupkan diri ketika orang ramai solat di Kabul kelmarin.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri memberitahu, sekurang-kurangnya 56 maut dan 55 lagi cedera dalam serangan di Masjid Imam Zaman di daerah Dasht-e-Barchi di Kabul itu.

Kumpulan militan Daish mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu tetapi tidak mengemukakan bukti menyokong dakwaan mereka.

Seorang penduduk, Ibrahim berkata, tingkap di masjid itu pecah, manakala darah dan daging manusia bertaburan di lantai dan dinding.

“Anda boleh bau darah dan daging manusia di dalam masjid ini. Ini tindakan sangat kejam. Ini bukan tindakan orang beragama Islam.

“Mereka menyerang jemaah bersolat, kini di dalam masjid juga tidak selamat untuk kami beribadat,” tegasnya.

Dalam satu kejadian berasingan, satu serangan bom berani mati membunuh 20 jemaah dan mencederakan puluhan mangsa di sebuah masjid di tengah wilayah Ghor.

Gabenor Balkh, Atta Mohammad Noor yang juga pemimpin parti Jamiat berkata, serangan ketika solat Jumaat itu disasarkan kepada seorang pemimpin parti politik berkenaan.

Bagaimanapun, tiada pihak yang mengaku melancarkan serangan berkenaan. – Agensi/myMetro Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xX6S6o

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.