Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Jangan bumi dipijak menjadi milik orang..” -Zahid ingatkan Johor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Jangan bumi dipijak menjadi milik orang..” -Zahid ingatkan Johor

Zahid berkata Johor perlu mengambil iktibar daripada negeri-negeri yang sudah jatuh ke tangan pembangkang. — Foto oleh Miera Zulyana

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kepimpinan negeri Johor dan rakyatnya supaya ‘berpijak di bumi yang nyata’ agar mempertahankan negeri maju itu tidak terlepas kepada pihak pembangkang.

Justeru, timbalan perdana menteri berkata Johor memerlukan dokongan semua pihak untuk terus mencapai kemajuan seperti terbukti di bawah kepimpinan Menter Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Saya ingin ingatkan diri saya dan rakyat Johor, pemimpin-pemimpin Johor dan kerajaan Johor bahawa jangan bumi dipijak menjadi milik orang,” katanya demikian ketika berucap merasmikan penutupan Ekspo Johor Berkemajuan 2017 di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Katanya, semua pihak pihak harus mengingati terdapat negeri-negeri yang sudah maju sebelum Johor dari segi pelaburan langsung asing, infrastruktur baik, sistem komunikasi canggih dan tahap ekonomi yang baik kini telah terlepas ke tangan pembangkang.

Malah, menurutnya, Johor perlu mengambil iktibar daripada negeri-negeri ini sebelum jatuh ke tangan pembangkang dan kemudian melupakan jasa dan sumbangan kerajaan pusat.

Ahmad Zahid berkata kemajuan fizikal diperlukan rakyat dianggap pembangkang sebagai tanggungjawab kerajaan tanpa rasa terima kasih atas kesungguhan kerajaan mensejahterakan rakyat.

“Biar pun kita melihat bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi kerana apabila kita lupa rumput di bumi, bintang tidak menjanjikan sebarang harapan.

“Apabila awan semakin menebal, kita tidak akan melihat bintang lagi dan kita harus berpijak pada bumi yang nyata,” katanya.

Beliau turut menyifatkan Ekspo Johor Berkemajuan 2017 itu adalah usaha yang luar biasa dan tidak pernah diadakan sebelum ini.

Beliau berkata ini dibuktikan dengan 10 kluster yang digariskan melalui fokus yang menyasarkan bukan hanya kumpulan berbeza, malahan dilakukan mengikut kesalinghubungan.

“Apa yang kita perhatikan dalam perjalanan yang jauh ini, pasti sebarang kemajuan dimulakan dengan perjalanan langkah yang pertama dan kini Johor telah melangkah di tiga per empat perjalanan yang jauh ini,” katanya. — Bernama

Sumber: Projek MMO



Sumber “Jangan bumi dipijak menjadi milik orang..” -Zahid ingatkan Johor

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ysF2SW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.