Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerjasama Umno-Khalid untuk tukar MB Selangor, dakwa Noh Omar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerjasama Umno-Khalid untuk tukar MB Selangor, dakwa Noh Omar

Noh Omar berkata demikian selepas Khalid Ibrahim berkata huluran kerjasama kepada 3 bekas menteri besar dari Umno bukan untuk pilihan raya.
noh-omar-khalidPETALING JAYA: Tan Sri Noh Omar hari ini mendakwa bekas menteri PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu bekerjasama dengan 3 bekas menteri besar Umno bagi memastikan Datuk Seri Azmin Ali tidak menjadi menteri besar pada penggal akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu berkata demikian selepas Khalid semalam berkata beliau berhasrat untuk menyertai BN, dan mahu bekerjasama dengan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohamad Khir Toyo dalam isu berkepentingan rakyat seperti penstrukturan semula industri air negeri.
“Kita memang sudah tahu Khalid nak kerjasama dengan kita. Kita pun tak paksa. Tetapi apa dia nak bantu, dia nak pastikan menteri besar yang ada masa ini tidak jadi menteri besar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di PPR Lembah Subang 1.
Dakwaan itu timbul selepas Muhamad Taib,Abu Hassan dan Dr Khir Toyo diumumkan bergabung untuk membantu kempen BN menawan kembali Selangor, yang ditadbir gabungan pembangkang nasional sejak 2008. 

Khalid semalam berkata beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14, dan huluran kerjasama itu bukan untuk pilihan raya.
Adun Pelabuhan Klang itu berkata perjuangan mengatasi parti politik, dan sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik untuk membawa isu berkepentingan rakyat.
Khalid menyertai PKR pada 2000 dan menjadi menteri besar Selangor selepas Pakatan Rakyat menawan negeri itu pada PRU 12, 2008.
Khalid meletakkan jawatan menteri besar pada 26 Ogos 2014 dalam krisis kepimpinan negeri itu, selepas dipecat dari PKR kerana melanggar arahan parti untuk membuka laluan kepada presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Selepas disingkirkan daripada pejabat menteri besar, Khalid dilihat sering menyertai himpunan anjuran PAS, termasuk himpunan Fastaqim 2.0 yang berlangsung di Terengganu, bulan lalu. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ymSGrz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.