Mahathir terpaksa lupakan UPSR
KETAGIHAN minum air berkarbonat setiap hari sejak kecil menyebabkan Mahathir Mohammad, 13, kini menderita kencing manis kronik sejak lima tahun lalu.
Malah, dia terpaksa mengensot untuk bergerak di dalam rumah berikutan kedua-dua kakinya berlubang akibat kudis disebabkan jangkitan kuman.
Kesukaran berjalan akibat tapak kaki berlubang kadangkala membengkak menyebabkan Mahathir terpaksa melupakan alam persekolahan dan tidak menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Mahathir yang tinggal bersama keluarganya di Taman Rimbunan Kasih, Serkam, berkata dia langsung tidak tahu kesan pengambilan air berkabonat secara kerap sejak kecil itu boleh menjejaskan kesihatannya.
"Saya suka minum minuman berkabonat sejak kecil. Rumah terletak berhampiran kedai runcit. Oleh itu, setiap hari saya akan beli pelbagai jenis air berkabonat. Tapi tak sangka akhirnya tabiat itu menyebabkan saya menderita kencing manis.
"Pada mulanya tapak kaki luka kecil. Lama-kelamaan berlubang dan membengkak hingga bernanah," katanya ketika ditemui di rumahnya.
Sementara itu, ibunya Zaliha Mohd Zabidi, 44, berkata, ketika usia 12 tahun kedua-dua kaki anak keempat daripada lima beradik itu hampir dipotong kerana doktor merawat Mahathir khuatir jika dibiarkan keadaan itu boleh menjejaskan kesihatannya.
"Selepas mendengar cadangan doktor itu saya rasa serba salah. Selepas berfikir panjang saya minta doktor tangguhkan dulu memotong kaki Mahathir.
“Tak sampai hati lihat dia yang membesar dengan anggota badan lengkap kehilangan kedua-dua kaki dalam sekelip mata.
"Saya dan keluarga kemudian ikhtiar pelbagai cara untuk mengawal jangkitan kuman daripada menjadi semakin serius. Kami bernasib baik kerana ditemukan dengan pakar dalam penyakit ini.
"Sejak menerima rawatan daripada doktor berkenaan tahap kencing manis dan lubang pada kaki Mahathir akibat jangkitan kuman dapat dikawal walaupun masih belum pulih sepenuhnya," katanya.
Dia yang mengusahakan kebun, berkata jika mahu dibawa ke klinik untuk rawatan susulan Mahathir terpaksa menggunakan karusi roda atau memakai kasut khas bagi mengelak kaki terkena jangkitan kuman.
"Saya mahu melihat Mahathir sembuh dan dapat bersekolah seperti kawannya yang lain. Kalau ditakdirkan saya pergi dahulu dengan keadaan dia seperti itu, bagaimana nasibnya nanti? itulah perkara kerap saya fikirkan," katanya.
Sementara itu, nasib remaja itu turut mendapat perhatian Pengarah Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Melaka, Amir Hamzah Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam Datuk Zaidi Attan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ypVGlW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment