Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Mate 10 Pro Diperkenalkan – Skrin 18:9, 6GB RAM, Kalis Air, Tiada Bicu Audio - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Mate 10 Pro Diperkenalkan – Skrin 18:9, 6GB RAM, Kalis Air, Tiada Bicu Audio

Bersama-sama pengenalan Huawei Mate 10, pihak Huawei turut mengambil peluang untuk memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar dengan rekaan premium dan spesifikasi yang sedikit tinggi, dinamakan Huawei Mate 10 Pro.

Huawei Mate 10 Pro

Huawei Mate 10 Pro hadir dengan rekaan skrin nirbingkai – dimana ia menggunakan skrin 6-inci, tetapi dimuatkan dalam badan peranti yang kebiasaannya menawarkan skrin 5.5-inci. Dengan rekaan nirbingkai, Huawei turut mengikut jejak pelbagai pengeluar lain dan menggunakan resolusi 18:9. Berbeza dengan Huawei Mate 10 yang menawarkan resolusi QHD, untuk Huawei Mate 10 Pro, ia menggunakan resolusi FHD, tetapi hadir menggunakan skrin AMOLED.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah spesifikasi yang lebih kurang sama dengan Huawei Mate 10. Ia menggunakan cip Kirin 970, menawarkan memori sehingga 6GB RAM, ruangan storan 128GB, serta bateri berkapasiti 4000mAh.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera Leica dibahagian belakang menggunakan lensa 20-megapixel hitam-putih dan juga 12-megapixel lensa RGB. Untuk rakaman gambar selfie, Huawei Mate 10 Pro menggunakan lensa 8-megapixel dihadapan.

Huawei Mate 10 Pro turut menawarkan ciri seperti Easy Projection yang menawarkan mod desktop apabila dihubungkan ke skrin – sekaligus membolehkan anda membuat pelbagai tugasan tambahan dengan lebih efisyen pada skrin bersaiz besar.

Huawei Mate 10 Pro menggunakan Android 8.0 Oreo dengan antaramuka EMUI 8.0. Ia turut menawarkan ciri kalis air, dan hadir tanpa sokongan bicu-audio. Sebaliknya, Huawei menjanjikan kualiti audio lebih tinggi melalui penggunaan bicu USB-C.

Buat masa ini, harga jualan untuknya masih belum diketahui lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xJFIV7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.