Teknologi Penyulitan WPA2 Digodam – Semua Peranti Dengan Sokongan WiFi Terjejas
Teknologi penyulitan WPA2 (WiFi Protected Access 2) merupakan sebuah teknologi yang digunakan untuk memastikan maklumat yang dihantar melalui router ke Internet tidak dapat dibaca oleh mana-mana pihak ketiga.
Mathy Vanhoef, seorang penyelidik sekuriti baru sahaja mengumumkan bahawa WPA2 mempunyai sebuah kerentanan serius yang membolehkan penggodam untuk bukan sahaja menggodam router anda, tetapi juga membaca maklumat yang sensitif seperti kata laluan, nombor kad kredit dan sebagainya.
Menggunakan kerentanan ini, penggodam tersebut akan menyalin-semula sebuah rangkaian yang menggunakan WPA2 dan menggunakannya sebagai “orang tengah” untuk memastikan bahawa semua peranti yang cuba untuk memasuki rangkaian tersebut akan menggunakan rangkaian tiruan.
Menurut Mathy, masalah ini menjejaskan semua peranti yang menyokong WiFi, tidak kira apa sistem operasi yang digunakan. Dua sistem operasi yang dikatakan terjejas paling teruk ialan Android dan Linux, manakala MacOS dan iOS dikatakan hanya sedikit lebih susah untuk dimasuki.
Kerentanan WPA2 ini membolehkan penggodam untuk menyahsulitkan maklumat yang dihantar terus daripada router tersebut, akan tetapi, jika data tersebut dihantar ke laman web dengan sokongan HTTPS yang diprogramkan secara betul, maklumat tersebut masih akan disulitkan. Akan tetapi, penggodam tersebut masih boleh menggunakan beberapa cara yang lain untuk mendapatkan maklumat tersebut.
Walaupun kerentanan ini suatu masalah yang cukup serius bagi semua orang yang menggunakan perkhidmatan Internet, Mathy berkata bahawa kerentanan tersebut boleh diperbetulkan, dan ia boleh dilakukan pada semua router yang menyokong teknologi WPA2 ini.
Kami pasti bahawa kesemua pembuat-pembuat router terkemuka akan sedar mengenai masalah ini, dan akan hadir dengan kemaskini yang membetulkan kerentanan ini. Kami sarankan anda mengemaskini router anda apabila kemaskini tersebut hadir untuk mengurangkan kebarangkalian anda terjejas dengan kerentanan ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zd95M3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment