Nik Nazmi sifatkan pendakwaan berniat jahat
16/10/17
Sehari selepas dibebaskan atas tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, anggota exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau didakwa semula atas kesalahan yang sama.
Ini walaupun Mahkamah Rayuan pada 25 April 2014, iaitu dua minggu lebih awal memutuskan bahawa hukuman kerana tidak memberikan notis 10 hari di bawah PAA berhubung perhimpunan Black 505 adalah tidak mengikut perlembagaan.
Nik Nazmi yang juga ketua pemuda PKR menyifatkannya pendakwaan terhadapnya berniat jahat dan misfeasans dalam pejabat awam oleh peguam negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail kerana mendakwa beliau semula.
Katanya, defendan membuat pendakwaan terhadapnya di bawah undang-undang yang tidak sah dan terbatal oleh mahkamah rayuan.
Katanya, Abdul Ghani dan kerajaan juga menuduh beliau untuk kali kedua bagi pertuduhan yang sama walaupun mahkamah rayuan mengenepikan pertuduhan dan pendakwaan ke atasnya dalam kes pertama, manakala Mahkamah Sesyen telah membebaskannya.
Menjawab soalan peguam Syahredzan Johan, Nik Nazmi berkata beliau didakwa kali kedua kerana beliau adalah anggota PKR dan walaupun terdapat perhimpunan lain yang bertentangan dengan PAA 2012, pihak penganjur tidak didakwa kerana mereka ialah anggota Umno atau BN

✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xKiiir
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment