Malaysia-Qatar tandatangani empat MoU
Majlis menandatangani empat MoU itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani di Seri Perdana, di sini.
Empat MoU itu ialah kerjasama dalam bidang latihan diplomat, kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, kerjasama aktiviti perundangan dan kerjasama kehakiman.MoU pertama melibatkan kerjasama latihan diplomat ditandatangani Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dengan rakan sejawatnya, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani.
Kedua-dua Menteri Luar itu turut menandatangani MoU kedua berkenaan kerjasama dalam bidang pengajian tinggi.
Selain itu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersama Sheikh Mohammed Abdulrahman menandatangani MoU berkaitan kerjasama perundangan.
Sementara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar dan rakan sejawatnya Presiden Majlis Kehakiman Tertinggi Qatar, Masoud Mohamed A Amiri menandatangani kerjasama dari segi kehakiman.
Sumber Malaysia-Qatar tandatangani empat MoU
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xJiluW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment