Harimau Malaya Turun Ke Tangga 170 Dunia
KUALA LUMPUR – Nasib malang terus menimpa skuad Harimau Malaya apabila turun empat anak tangga kepada kedudukan ke-170 dunia dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diumumkan hari ini.
Menurut laman web rasmi FIFA www.fifa.com, penurunan ranking skuad bimbingan Nelo Vingada itu adalah disebabkan peningkatan empat anak tangga pasukan jiran, Indonesia yang kini berkongsi mata bersama Guyana di kedudukan ke-165 dunia.
Kedudukan tersebut merupakan ranking terburuk skuad negara sepanjang tahun ini.
Sementara itu, Iran kekal pasukan terbaik Asia dengan menduduki ranking ke-34 dunia meskipun turun sembilan tangga, diikuti Australia (43), Jepun (44) dan China (57).
Turkmenistan menjadi pasukan yang menunjukkan peningkatan paling ketara bulan ini apabila naik 22 tangga ke posisi 114 dunia, manakala Ecuador merosot teruk dengan turun 25 anak tangga kepada kedudukan ke-60.
Ranking bulanan ini melibatkan 206 negara. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zdCxRS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment