Hi! Welcome Back and Stay Tune! N.Sembilan Sasar Turunkan Wabak Denggi 15 Kes Seminggu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

N.Sembilan Sasar Turunkan Wabak Denggi 15 Kes Seminggu

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan untuk mengurangkan kadar wabak denggi di negeri ini kepada 15 kes seminggu berbanding purata 50 kes seminggu yang direkodkan pada masa ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pelbagai usaha telah dijalankan antaranya melaksanakan dasar tegas seperti menutup tapak pembinaan yang didapati telah dikenakan kompaun sebanyak tiga kali kerana menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Tapak tersebut akan ditutup sehingga pihak berkuasa tempatan atau jabatan kesihatan berpuas hati dengan tahap kebersihan di tapak tersebut.

“Tindakan tegas juga akan dikenakan kepada pihak pemaju, walaupun tapak pembinaan itu dikendalikan oleh subkontraktor,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Mohamad berkata masyarakat juga harus bersama-sama memikul tanggungjawab memastikan tiada tempat pembiakan aedes di kawasan tempat tinggal mereka.

“Orang ramai jangan harapkan jabatan kerajaan semata-mata dalam usaha kita mengurangkan wabak denggi, tetapi hendaklah bersama-sama berusaha dengan membersihkan halaman rumah dan kawasan sekitar,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xIdsT7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.