Perihal dadah dan otak — Dr Rashidi & Dr Jayakumar
16 OKTOBER — Ketagihan dadah adalah sejenis gejala kronik apabila individu yang menyalahgunakan bahan itu terus mencari bahan itu, sekalipun keseronokan tahap asal kian berkurangan selepas mengambilnya untuk tempoh panjang.
Ketagihan dadah menimbulkan beban sosial dan emosi yang ketara serta kos kewangan yang besar. Ia juga sering dianggap kurang nilai moral.
Namun, kemajuan dalam penyelidikan otak menukar persepsi ini, dan memperkenalkan paradigma PD sebagai penyakit otak yang kronik.
Kini wujud persefahaman bahawa ketagihan dadah adalah sejenis gangguan pembelajaran. Sesi pembelajaran tidak lengkap tanpa mengingati apa yang sedang dipelajari.
Begitu juga, ketagihan dadah adalah sejenis gangguan pembelajaran apabila “keseronokan” dan “perasaan positif” dari dadah akan dipelajari oleh otak dan “keseronokan” tersebut dikaitkan dengan isyarat deria dan tingkah laku (pengambilan dadah).
“Penggunaan dadah + keseronokan + perasaan positif” akan dijadikan sebagai pengalaman dan diingati setiap kali wujud isyarat (deria) yang berkaitan dengan pengambilan dadah.
Keseronokan dan perasaan positif yang dirasai setelah mengambil dadah disebabkan sejenis bahan kimia di otak dikenali sebagai dopamin.
Dopamin berlebihan akan merangsang “sistem ganjaran otak (SGO)” dengan tinggi. SGO menyebabkan seseorang merasai perasaan seronok seperti mendapat ganjaran hebat.
Fungsi SGO penting untuk hidup, lazimnya dalam aktiviti yang menimbulkan perasaan positif dan keseronokan seperti memakan, meminum dan hubungan seks. Aktiviti ini diingati sebagai suatu ganjaran dan penting serta kerap wujud keinginan untuk diulangi.
Semasa penyalahgunaan dadah, perbuatan itu akan diingati sebagai “ganjaran hebat” dan “amat penting” apabila pengambilan dadah diulangi seseorang.
“Kenangan" mengambil dadah akan dikaitkan dengan isyarat otak seperti emosi (keseronokan) dan persekitaran (seperti memperoleh dadah) berkait dengan aktiviti pengambilan dadah.
* Dr Rashidi Mohamed adalah pakar perubatan keluarga UKM manakala Dr Jayakumar Murthy dari Jabatan Psikologi UKM.
** Tulisan ini pendapat peribadi penulis atau organisasinya dan tidak semestinya mewakili pendapat Malay Mail Online.
Sumber Perihal dadah dan otak — Dr Rashidi & Dr Jayakumar
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gINdRJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment