Adakah Matawang Akan Lemah Jika Inflasi Naik Melepasi Sasaran Sehingga Inflasi Tidak Terkawal?
Adakah matawang akan melemah jika inflasi naik melepasi sasaran sehingga inflasi tidak terkawal?
Pasti ramai juga yang tertanya-tanya dengan hal ini. Mana tidaknya, kita tahu fakta atau teori itu mengatakan apabila kadar inflasi naik selalunya nilai matawang akan naik. Bagaimana pula dengan situasi inflasi naik dengan tidak terkawal?
Bila melihat satu-satu situasi (sentimen atau fundamental) atau seperti persoalan di atas, cuba kaitkan dengan “permintaan dan penawaran wang” dan aliran modal (capital flow) masuk dan keluar dari sesebuah negara.
Para pelabur global mencari hasil pelaburan yang tinggi di mana mereka lebih tertarik dengan hasil pelaburan atau kadar faedah yang tinggi untuk buat untung.
Inflasi yg meningkat sehingga ke paras sasaran atau lebih sudah tentu akan mendorong bank pusat menaikkan kadar faedah, seterusnya akan mengukuhkan matawang tersebut.
POINT PENTING adalah KADAR FAEDAH. Jika inflasi naik ke paras tinggi, pemain pasaran akan JANGKA bank pusat itu akan menaikkan kadar faedah di masa hadapan. Disebabkan jangkaan ini, pelabur-pelabur ini akan masuk melabur ke negara itu (aliran modal ke negara tersebut) menjadikan matawang negara itu mengukuh.
Ingat! Point penting di sini adalah “KADAR FAEDAH”.
Bagi situasi kadar faedah melepasi sasaran seperti Bank of England, MPC (monetary policy comiitee) masih tolerate dengan kenaikan inflasi untuk terus kekalkan kadar faedah.
Sebab apa?
Kerana kenaikan inflasi adalah disebabkan nilai matawang Pound yg begitu lemah selepas kejatuhan Sterling tahun lalu. Antara sebab BoE tidak naikkan kadar faedah sejak inflasi melepasi sasaran 2% beberapa bulan yang lalu, adalah disebabkan ketidaktentuan Brexit yang berpotensi membantutkan ekonomi UK di masa hadapan.
Nota: (inflasi UK MELEPASI 2% sejak Februari 2017)
Kenapa GBP sukar mengukuh sejak inflasi UK melepasi sasaran 2%? Sebabnya adalah ketidaktentuan Brexit dan guidance (panduan) atau komunikasi dari BoE yg masih tolerate dgn kenaikan inflasi.
Maksud “tolerate dengan kenaikan inflasi” di sini adalah, BoE masih mahu kekalkan kadar faedah walau dengan kenaikan inflasi melebihi sasaran.
The post Adakah Matawang Akan Lemah Jika Inflasi Naik Melepasi Sasaran Sehingga Inflasi Tidak Terkawal? appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yl5XAJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment