Hi! Welcome Back and Stay Tune! SKMM sekat 51 laman web langgar hak cipta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SKMM sekat 51 laman web langgar hak cipta

SKMM telah menyekat 51 laman web melibatkan pelanggaran hak cipta sejak Januari hingga September tahun ini. ― Foto failSKMM telah menyekat 51 laman web melibatkan pelanggaran hak cipta sejak Januari hingga September tahun ini. ― Foto failCYBERJAYA, 16 Okt ― Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 51 laman web melibatkan pelanggaran hak cipta mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sejak Januari hingga September tahun ini.

Ketua Bahagian Advokasi dan Jangkauan SKMM Eneng Faridah Iskandar berkata sekatan itu melibatkan laman web yang memaparkan filem, drama dan rancangan televisyen.

“Ini adalah usaha berterusan SKMM dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sejak 2011 untuk mengekang jenayah pencabulan hak cipta,” katanya kepada Bernama di Menara SKMM di sini.

Menurutnya, bagi membolehkan sesebuah laman web disekat, pemilik hak cipta perlu mengemukakan aduan kepada KPDNKK terlebih dahulu dan kementerian akan membuat penilaian sebelum memajukan laporan itu kepada SKMM untuk tindakan selanjutnya.

SKMM kemudiannya akan mengeluarkan arahan mengikut peruntukan Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kepada Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) bagi menyekat laman web terlibat.

“Pihak ISP kemudiannya akan mengenakan sekatan laman web dalam tempoh 48 jam selepas menerima arahan daripada SKMM,” katanya. 

Bagi hasil karya yang disiarkan dalam laman sosial pula, Eneng Faridah berkata pemilik hak cipta perlu mengemukakan aduan secara terus kepada pengendali platform media sosial bagi menyekat akses paparan video laman itu. 

Antara jenayah pencabulan hak cipta adalah menerbitkan semula sebahagian atau kesemua hasil karya milik orang lain tanpa izin, selain menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk berbeza.

Sementara itu, beliau berkata pemilik hak cipta perlu mengetahui dan memantau sendiri aktiviti yang melibatkan kandungan karya masing-masing bagi memastikan ia terus terpelihara. 

Selain mengingatkan orang ramai untuk lebih sensitif terhadap budaya hak cipta dan menghormati hasil karya individu lain, beliau menasihatkan juga agar tidak mengakses laman web haram bagi mengelakkan risiko malware.

Katanya, filem atau kandungan cetak rompak yang kebanyakannya tidak ditapis akan memberi kesan negatif khususnya kepada kanak-kanak. ― Bernama



Sumber SKMM sekat 51 laman web langgar hak cipta

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ifw4mu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.