Pengertian ‘Artificial Intelligence’ Dan Kelebihannya Dalam Industri Teknologi
Artificial intelligence (AI) adalah satu cabang baharu dalam bidang sains pengkomputeran yang memfokuskan kepada rekaan mesin atau perisian pintar yang bekerja dan bertindak seperti manusia.
AI mungkin masih baharu dan tidak diketahui oleh kita mengenai sejarah dan fungsinya namun sebenarnya ia bermula pada tahun 1956 secara serius apabila sepasukan pengkaji telah bergabung tenaga dan membuat kajian dengan lebih lanjut mengenai AI.
AI sudah mula digunakan tanpa kita sedar secara lansung dalam bidang aplikasi dan perisian untuk terapi pertuturan, pembelajaran, perancangan dan penyelesaian isu yang pelbagai dan sudah menjadi keperluan dalam industri teknologi.
Dengan AI, mesin direka untuk bertindak seperti manusia berdasarkan maklumat yang mereka miliki.
Untuk membolehkan mesin-mesin ini mempunyai daya peka, logik, kebolehan menyelesaikan masalah dan banyak lagi kemahiran seperti manusia, mesin-mesin ini harus mempunyai akses terhadap perkara-perkara seperti objek, kategori, aset dan semua yang berkaitan dengannya.
Dengan akses terhadap semua maklumat ini, ia akan membuat analisa Matematik dengan mempelajari algoritma yang terkandung dalam setiap maklumat dan memberi respon berdasarkan analisa algoritma tersebut.
Mesin dengan AI akan menguruskan input sensor yang menterjemah maklumat, mimik muka, objek, bahasa badan, ton suara dan sebagainya.
Antara contoh terdekat syarikat yang menggunakan AI dalam sistem mereka adalah Apple (Siri) dan Tesla dalam teknologi kereta mereka.
Kajian mengenai AI giat dijalankan sehingga kini bagi menghasilkan teknologi yang membolehkan komputer dan mesin berfungsi secara pintar.
AI dipercayai akan membawa manfaat kepada ketamadunan manusia dalam budaya gerak kerja yang berinovasi.
Banyak masalah yang berkaitan dengan teknologi akan diselesaikan dengan baik dengan kehadiran AI. Antara kelebihannya adalah:
#1-Mewujudkan Elemen Positif.
Syarikat Google yang merupakan syarikat enjin carian dan perisian terbesar di dunia dikatakan telah menggunakan AI untuk memastikan pusat dapat berfungsi dengan lebih efisien.
Mereka percaya yang pelaksanaan AI akan membuatkan persekitaran kerja menjadi lebih positif.
Oleh kerana AI boleh disifatkan sebagai satu kelakuan atau tingkah laku mesin atau teknologi yang bertindak secara automatik maka ia boleh bekerja sendirian dan boleh membantu menyelesaikan kerja-kerja syarikat.
AI juga boleh membantu menentukan jika keputusan yang terhasil akibat pelaksanaan syarikat itu adalah positif atau negatif setelah dianalisis.
AI akan bantu selesaikan masalah teknologi yang timbul dan memberikan solusi yang terbaik kepada syarikat.
#2-Jalinan Rangkaian Perhubungan ‘Dueling Neural’.
‘Dueling Neural’ adalah salah satu sistem di bawah AI yang dilancarkan untuk menyelesaikan masalah data yang tidak tepat.
Sememangnya, dapatan data oleh satu-satu syarikat tidak semestinya tepat dan sistem ‘Dueling Neural’ membantu untuk menapis maklumat yang tidak sahih atau tidak tepat.
Daripada sini, ia akan menilai dan mengasingkan data yang tepat dan tidak tepat.
Sistem ini juga akan membantu meningkatkan kualiti rekaaan-rekaan dilakukan menggunakan komputer.
Ia juga akan menjadi medium peralatan terbaik untuk bermain permainan video dengan paparan yang paling menarik.
#3-Penggunaan AI Di Negara Lain.
Negara China antara negara yang mula menggunakan AI dalam sistem mereka bermula pada tahun ini.
Mereka berhasrat untuk menggunakan AI bagi meningkatkan kecanggihan sistem teknologi negara menerusi projek-projek mega yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Teknologi AI banyak dipelopori oleh syarikat-syarikat di Barat yang terlibat dalam industri teknologi.
#4- AI Akan Menjadi ‘Trend’ Baharu Dalam Industri Bisnes.
AI ternyata masih baharu dalam industri dan sektor teknologi negara mahupun syarikat-syarikat gergasi.
Namun, kewujudannya menarik perhatian ramai kerana fungsinya sangat membantu mana-mana pihak untuk menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan teknologi.
Sudah tentu penggunaan AI melibatkan kos wang yang banyak namun ramai orang dan pihak tertentu berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AI.
Ini menandakan yang AI mendapat perhatian dan permintaan yang tinggi dalam pasaran masa hadapan.
Dilaporkan pada tahun lepas, terdapat sebuah syarikat yang menggelarkan mereka sebagai syarikat Rocket AI.
Ia merupakan syarikat AI yang palsu dan mereka telah banyak menyebarkan fahaman yang salah mengenai konsep AI itu sendiri.
Namun, kita boleh lihat masa hadapan AI dalam pasaran yang mana begitu ramai yang ingin mengetahui, mempelajari, memahami dan ada yang ingin mengimplementasikan AI dalam sistem mereka jika ia benar-benar membantu.
#5-Berupaya Menguasai Variasi Bahasa.
Dikatakan AI turut mempunyai fungsi mengadaptasi dan memahami pelbagai jenis bahasa.
Ini adalah satu kelebihan teknologi yang dicipta oleh manusia dan boleh memudahkan urusan syarikat dengan pelabur, pelanggan dan lain-lain.
Ini adalah satu fungsi AI yang sukar ditandingi oleh pekerja biasa dalam organisasi.
Jika anda pengguna Apple, pasti anda kagum dengan kebolehan Siri memberi respon kepada pertanyaan anda seperti anda berbicara dengan manusia namun kebolehannya masih terbatas berdasarkan maklumat terhad yang dimiliki sahaja.
Semakin banyak kajian dilakukan untuk meningkatkan tahap AI ini untuk penambahbaikan pada masa hadapan.
Sumber Pengertian ‘Artificial Intelligence’ Dan Kelebihannya Dalam Industri Teknologi
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xKmsHe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment