Hi! Welcome Back and Stay Tune! AF Megastar: Ini sebab kenapa Idayu menangis ketika terima 'standing ovation' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AF Megastar: Ini sebab kenapa Idayu menangis ketika terima 'standing ovation'

PENYANYI Idayu mengakui tidak dapat menggambarkan perasaannya ketika menerima 'standing ovation' terutama daripada juri tetap AF Megastar, Datuk Ramli MS selepas persembahan pertamanya di Dewan Teater Shah Alam, malam semalam.

Idayu berkata air matanya mengalir secara tiba-tiba apabila melihat penonton lain turut memberi penghormatan yang sama kepadanya.

"Saya mengalirkan air mata bukan kerana sebab diberi penghormatan 'standing ovation' oleh Ramli MS sahaja malah seolah-olah terharu melihatan penonton juga turut sama berdiri.

"Saya tak dapat nak gambarkan perasaan saya ketika itu kerana ia bagai rasa tak percaya serta seperti berada di awang-awangan pula.

"Namun saya boleh kata agak pelik dengan tindakan Ramli MS malam ini (semalam) kerana jarang melihatnya begitu.

"Mungkin dia puas hati dengan persembahan saya minggu ini tapi saya tak boleh terlalu yakin, minggu final belum tentu lagi," katanya kepada Astro Gempak.

BACA: Markah penuh 5 bintang AF Megastar yang berjaya melangkah ke final!

Idayu diberi pujian dan penghormatan tersebut selepas dia mempersembahkan lagu Kerna Ku Sanggup berduet bersama penyanyi Azharina.

Ini merupakan kali kedua Idayu berjaya mendapat 'standing ovation' daripada penonton iaitu selepas persembahan pertamanya di Konsert AF Megastar Homecoming yang lalu.

Ramli MS turut membuat pengakuan Idayu penyanyi pertama yang mendapat penghormatan 'standing ovation' daripadanya selama kerjayanya dalam bidang seni.

Idayu yang turut mempersembahkan lagu Segala Perasaan dari Datuk Siti Nurhaliza pada malam itu memberitahu bersyukur kerana impiannya untuk mara hingga ke peringkat akhir tercapai.

"Bagi saya, berjaya ke final pun sudah buat saya cukup puas hati kerana saya pernah kata pentas ini tempat saya untuk persembahkan apa yang saya ada selama ini.

"Jujurnya, kalah atau menang itu belakang kira sebab yang penting saya mahu memberikan yang terbaik.

"Apa sahaja boleh jadi pada malam final kerana semua bintang hebat-hebat belaka," katanya lagi.

Idayu antara lima bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir selain Marsha, Bob, Syamel dan Shahir.

Idayu buat pertama kali menerima anugerah persembahan terbaik, Star Of The Week hasil undian peminat sepenuhnya.

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://ift.tt/2hbQoEG

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://ift.tt/2gUpEs8

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari  www.watchod.com

Teks oleh: Syafiqah Jalal
 



Sumber AF Megastar: Ini sebab kenapa Idayu menangis ketika terima 'standing ovation'

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gl1CGQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.