Hi! Welcome Back and Stay Tune! EMUI Kini Menggunakan Angka Versi 8.0 – Selari Dengan Angka Versi Android - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

EMUI Kini Menggunakan Angka Versi 8.0 – Selari Dengan Angka Versi Android

Jikalau Samsung mempunyai TouchWiz (Samsung Experience), HTC dengan HTC Sense, pihak Huawei pula terkenal dengan antaramuka mereka tersendiri dinamakan EMUI. Untuk makluman, antaramuka ini dibangunkan diatas sistem operasi Android dalam usaha menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan, selain membezakan antara satu sama lain pengeluar peranti Android.

Huawei sebelum ini telah memperkenalkan EMUI 5.1 bersama-sama Huawei P10 – dimana ia turut hadir dengan sokongan pembelajaran mesin dalam memastikan peranti anda kekal beroperasi dengan pantas sepanjang masa.

Terkini, dengan pengenalan Huawei Mate 10, pihak Huawei mengambil langkah untuk melangkaui angka versi 6 dan 7, dan terus ke versi EMUI 8.0.

Pihak Huawei mengatakan mereka mengambil langkah berkenaan dalam menyelarikan versi EMUI mereka dengan angka versi Android – selain tidak mengelirukan pengguna dengannya.

Beberapa ciri-ciri baru turut disertakan melaluinya, termasuk sokongan Easy Projection yang membolehkan anda mengubah paparan telefon kepada desktop dengan menghubungkan ia ke skrin bersaiz besar, sokongan Smart Split Screen – dimana butang Split Screen ditambah ke bahagian notifikasi, serta beberapa yang lain.

Huawei Mate 10, Mate 10 Pro dan Mate 10 Pro Porsche Design akan menjadi yang terawal hadir dengan antaramuka EMUI 8.0 ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2igDk1f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.