Hi! Welcome Back and Stay Tune! Menang Dua Anugerah Utama APM 2017, Dayang Nurfaizah Mahu Lebar Sayap - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Menang Dua Anugerah Utama APM 2017, Dayang Nurfaizah Mahu Lebar Sayap

menang dua anugerah utama apm 2017 dayang nurfaizah mahu lebar sayap 1

Kredit foto: Instagram Dayang Nurfaizah

"Kemenangan ini sangat besar maknanya bagi saya, apatah lagi ia mengiktiraf hasil kerja penyanyi dan lagu dari rantau nusantara."

Demikian kata penyanyi Dayang Nurfaizah mengulas kemenangannya dalam dua anugerah utama kategori terbaik di acara Anugerah Planet Muzik 2017 (APM2017) yang berlangsung di MES Theatre Mediacorp pada Sabtu.

Dayang merangkul trofi Artis Terbaik Wanita dan Lagu Terbaik Malaysia menerusi Lelaki Teragung, karya yang turut membawa tuah kemenangan kepadanya ketika menyertai Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31).

Menerusi kategori Artis Terbaik Wanita, Dayang dicabar tiga pesaing iaitu Isyana Sarasvati (Indonesia), Aisyah Aziz (Singapura) dan Raisa (Indonesia).

Manakala dalam kategori Lagu Terbaik Malaysia, 'Lelaki Teragung' menewaskan Jampi (Hael Husaini), Dirghahayu (Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza), Selamanya Cinta (Shila Amzah dan Alif Satar) dan Andainya Takdir (Anuar Zain).

Dalam pada itu, penyanyi berusia 36 tahun itu menganggap kemenangannya sebagai pemberi semangat untuk membuka langkah dalam melebarkan sayap ke negara seberang.

menang dua anugerah utama apm 2017 dayang nurfaizah mahu lebar sayap 2

Kredit foto: Instagram Dayang Nurfaizah

Menyentuh mengenai ketiadaannya di acara itu, Dayang menjelaskan dia mempunyai komitmen lain yang telah dipersetujui lebih awal.

"Saya mengambil kesempatan atas kemenangan ini untuk merakamkan terima kasih kepada pihak juri di APM 2017 dalam menilai bakat dan karya yang saya ketengahkan.

"Saya turut dedikasikan kemenangan ini kepada semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung sehingga membolehkan saya mahupun lagu Lelaki Teragung mencapai banyak kejayaan di dalam mahupun luar negara," katanya.

Dua lagi pencalonan lain diterima Dayang ialah Lagu Paling Popular dan Artis Paling Popular APM 2017.

Sumber berita: Astro Gempak


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ig46qH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.